Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Akan Datang Di Pawagam Tempatan; Filem Anime MY HERO ACADEMIA: HEROES RISING!!


Filem anime My Hero Academia: Heroes Rising sepatutnya menemui penonton tempatan pada 26 Mac yang lalu. Namun, disebabkan negara dilanda pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ia terpaksa ditangguh.

Kini, selepas lebih dua bulan, GSC memulakan kembali promosi filem anime tersebut dengan memuatnaik poster di media sosial Facebook sebentar tadi. Jadi, peminat-peminat anime khususnya My Hero Academia, anda hanya perlu bersiap sedia menantikan tarikh tayangan baru yang akan diumumkan kelak.

My Hero Academia THE MOVIE: Heroes Rising akan berkisarkan tentang wira muda dari class 1-A, dimana mereka menuju ke sebuah pulau untuk melindungi penduduk disana dan menentang penjahat yang berkuasa, dikenali sebagai Nine.

Heroes Rising akan menampilkan karakter seperti Izuku Midoriya, Katsuki Bakugo, Ochaco Uraraka, Shoto Todorok dan beberapa karakter lain dari Class 1-A.

Filem terbaru ini diarahkan Kenji Nagasaki berdasarkan skrip yang ditulis oleh Yōsuke Kuroda.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee