Slot Asia

Filem Lakonan Ma Dong-Seok START-UP Bakal Menemui Penonton Tempatan Tidak Lama Lagi

Views

Berita gembira buat peminat-peminat Ma Dong-Seok. Filem komedi drama Korea Selatan Start-Up bakal menemui penonton tempatan tidak lama lagi.

Pekara tersebut diumumkan GSC Movies menerusi akaun media sosial Instagram hari ini.

Memandangkan masih terdapat larangan pembukaan pawagam disebabkan PKPB, GSC Movies belum menetapkan tarikh tayangan filem tersebut.

Berdasarkan dari webtoon berjudul sama karya Jo Geum-san, Start Up berkisarkan Taek-II (Park Jung-Min), seorang remaja berusia 18 tahun yang sering memberontak. Sering bertentangan dengan kehendak ibunya, Taek-II berhenti sekolah menengah.

Dia menghabiskan hari-harinya bergaul dengan rakannya Sang-Pil (Jung Hae-In). Suatu hari, Taek-Il tiba-tiba meninggalkan rumah dan pergi ke Gunsan, daerah Jeolla Utara. Dia mendapat pekerjaan penghantaran makanan di restoran Cina. Di sana, dia bertemu dengan tukang masak misteri Geo-Seok (Ma Dong-Seok). Sementara itu, Sang-Pil mula bekerja di pejabat pinjaman swasta.

Diarahkan dan ditulis oleh Choi Jung-yeol, filem ini dibintangi oleh Ma Dong-seok, Park Jung-min, Jung Hae-in, Yum Jung-ah dan Choi Sung-eun. Start-Up telah ditayangkan di Korea Selatan pada 18 Disember tahun lalu.


Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks