Slot TempatanTrivia

20 Filem Tempatan Yang Mendapat Undian Tertinggi Di IMDb

Views

Seperti yang dinyatakan di artikel sebelum ini, IMDb merupakan salah satu laman web antarabangsa yang memberikan panduan dan rating sesebuah filem kepada pengguna. Walaupun didominasi filem-filem antarabangsa terutamanya dari Hollywood, Bollywood, Korea Selatan dan Eropah, IMDb juga menyenaraikan filem-filem dari Malaysia.

Cuma pendedahan kepada pengguna tempatan agak kurang, dan tidak hairanlah filem-filem tempatan di IMDb mendapat jumlah undian yang sedikit. Jadi untuk artikel kali ini, kami akan menyenaraikan 20 filem tempatan yang mendapat undian tertinggi dari pengguna laman IMDb.

20. Tombiruo (2017)

  • Jumlah undian: 489
  • Rating: 6.3/10

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini diadaptasikan dari novel berjudul sama yang ditulis oleh novelis terkenal Ramlee Awang Murshid. Mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Tambiruo bukanlah hantu tetapi adalah wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.

19. Wheely (2018)

  • Jumlah undian: 503
  • Rating: 4.1/10

Filem animasi terbitan KRU Studio ini diinspirasikan dari filem animasi terbitan Disney, Cars. Berkisarkan Wheely, sebuah kenderaan teksi dari masyarakat kelas rendah yang menghadapi cabaran sukar menyelamatkan gadis impiannya dari sebuah trak 18 roda yang sangat kuat dan juga merupakan dalang kepada sindiket kereta mewah.

18. One Two Jaga (2018)

  • Jumlah undian: 511
  • Rating: 6.5/10

One Two Jaga merupakan filem terbaik tempatan pada 2018. Walaupun berjaya mengondol beberapa anugerah, filem arahan Namron ini gagal dipentas box office apabila hanya mampu meraih RM343 ribu dalam tempoh dua minggu tayangan.

Filem terbitan Pixel Play Entertainment milik pelakon Bront Palarae bersama rakan kongsi Rozi Izma ini berkisarkan tentang masalah korupsi yang berlaku dalam pasukan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

17. Polis Evo (2015)

  • Jumlah Undian: 530
  • Rating: 6.9/10

Antara filem tempatan yang berjaya mencatakan kutipan tertinggi sepanjang 5 tahun ini. Polis Evo berkisarkan dua anggota polis dari kawasan yang berlainan dimana mereka perlu menyingkirkan perasaan ego masing-masing demi menumpaskan kumpulan pengedaran dadah.

16. Sepet (2004)

  • Jumlah Undian: 546
  • Rating: 7.2/10

Filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berkisar tentang kisah cinta antara Orked, seorang gadis berbangsa Melayu dan Jason, seorang lelaki berbangsa Cina di Ipoh.

15. The Journey (2014)

  • Jumlah undian: 558
  • Rating: 7.4/10

The Journey merupakan filem drama komedi keluarga Malaysia 2014 arahan Chiu Keng Guan dengan lakon layar oleh Ryon Lee. Mengisahkan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya untuk mengahwini seorang pemuda Inggeris dengan satu syarat iaitu pemuda tersebut harus mengikutinya mengelilingi seluruh negara untuk menyerahkan jemputan perkahwinan mereka

14. Hantu Kak Limah (2018)

  • Jumlah undian: 601
  • Rating: 6.3/10
BACA:  5 Feel-Good Korean Shows That Will Make You Laugh

Filem seram komedi arahan Mamat Khalid ini mengisahkan Kak Limah yang telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.

13. Ribbit (2014)

  • Jumlah undian: 611
  • Rating: 4/10

Filem animasi terbitan KRU Studios arahan Chuck Powers  dengan skrip ditulis bersama Hamir Afizi. Walaupun dibarisi nama-nama besar Hollywood seperti  Sean AstinRussell PetersTim Curry, dan Cherami Leigh, Ribbit dianggap gagal apabila hanya mampu meraih RM4 Juta berbanding kos pembikinan yang mencecah RM10 juta.

Ribbit berkisarkan seekor katak yang menghadapi krisis identiti.

12. Ola Bola (2016)

  • Jumlah undian: 645
  • Rating: 7.6/10

Filem drama sukan tempatan yang memberikan semangat patriotik kepada penonton. Tanpa dibarisi pelakon ternama, Ola Bola masih mampu menarik penonton ke pawagam sehingga berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM17 juta. Filem Chiu Keng Guan ini memaparkan semangat pasukan bola sepak Harimau Malaya dalam menempuh cabaran untuk layak ke sukan Olimpik Moscow 1980.

11. Ejen Ali the Movie (2019)

  • Jumlah undian: 665
  • Rating: 9/10

Ejen Ali the Movie melengkapkan tahun gemilang buat industri animasi tempatan pada 2019. Filem animasi terbitan WAU Animation ini berkisarkan Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

10. Badang (2018)

  • Jumlah undian: 702
  • Rating: 1/10

Tak sanggup nak bercerita pasal filem hawau ni.

9. Munafik (2016)

  • Jumlah undian: 738
  • Rating: 6.9/10

Filem seram tempatan yang mencipta kejutan pada 2016 dengan kutipan yang mencecah RM19 juta serta berjaya membawa pulang beberapa anugerah Festival Filem Malaysia ke-28. Diarahkan Shamsul Yusof, Munafik Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.

8. Hikayat Merong Mahawangsa (2011)

  • Jumlah undian: 988
  • Rating: 3.7/10

Filem epik/sejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios dan diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Dengan kos pembikinan mencecah RM8 juta, Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang (2004). Filem ini merupakan adaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

BACA:  BoBoiBoy Movie 2 Finalis Di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA).

7. Seafood (2011)

  • Jumlah undian: 995
  • Rating: 4.3/10

Filem animasi tempatan yang diterbitkan Silver Ant. Seafood merupakan antara filem tempatan yang paling merugikan apabila hanya mengutip RM2.36 juta berbanding kos pembikinan sebanyak $12 juta. Seafood berkisarkan Pup yang meninggalkan laut dan memasuki dunia manusia demi menyelamatkan telur yang dicuri dari terumbunya.

6. War of the Worlds: Goliath (2012)

  • Jumlah undian: 1068
  • Rating: 5.4/10

War of the Worlds: Goliath merupakan sebuah filem yang bertemakan animasi cereka sains dari Malaysia arahan Joe Pearson dan dikeluarkan pada 15 November 2012. Mengisahkan tentang pejuang A.R.E.S yang cuba menghalang pencerobohan Bumi oleh tentera planet Marikh.

5. Munafik 2 (2018)

  • Jumlah undian: 1446
  • Rating: 6.3/10

Sekuel filem Munafik dan merupakan filem tempatan paling berjaya setakat ini dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM48 juta. Filem kedua ini menyaksikan Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat. Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya.

4. I Don’t Want to Sleep Alone (2006)

  • Jumlah undian: 1989
  • Rating: 7/10

I Don’t Want to Sleep Alone adalah filem drama romantis Malaysia-Taiwan 2006 yang ditulis dan diarahkan oleh Tsai Ming-liang. Lee Kang-sheng berperanan dua watak iaitu sebagai pesakit mati otak dan sebagai lelaki kehilangan tempat tinggal.

3. BoboiBoy: The Movie (2016)

  • Jumlah undian: 2438
  • Rating: 7.1/10

Filem animasi adiwira tempatan arahan Nizam Razak. Berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.

2. Paskal: The Movie (2018)

  • Jumlah undian: 2621
  • Rating: 6.8/10

Berdasarkan peristiwa sebenar yang pernah dilalui pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL. Diarahkan Andrian Teh, Paskal: The Movie memaparkan sepasukan anggota PASKAL yang cuba menyusup masuk ke pelantar minyak dan menyelamatkan tebusan yang ditawan segeromblan lanun.

1. Vikingdom (2013)

  • Jumlah undian: 3178
  • Rating: 3.3./10

Satu lagi filem terbitan KRU Studios. Diarahkan Yusri Abdul Halim, Vikingdom berkisar tentang Eirick, seorang raja yang dilupakan, yang mengembara mencari Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Tinggalkan Balasan

shares