Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Ajak Shiro Ingin Mencuba Watak Serius


Pelakon dan pelawak, Ajak Shiro menyuarakan hasratnya untuk diberi peluang dan ruang untuknya menjayakan watak serius pula selepas ini berikutan sering ditawarkan untuk membawa watak komedi.

“Saya memang teringin berlakon watak serius. Sudah tiga filem saya diberikan watak komedi. Teringin juga berlakon watak serius dan saya berharap dapat melakonkan watak sebagai pembunuh upahan.

“Saya faham mungkin ada pengarah bimbang saya tidak boleh melakonkan watak serius, tetapi apa salahnya diberi peluang,” ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berkata demikian kerana sebagai pelawak dia mahu keluar daripada kepompong yang sama dan cuba sesuatu yang baru.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini mengakui pernah ditawarkan untuk watak serius dalam telefilem tetapi watak yang diberikan tidaklah mencabar seperti yang dimahukannya.


Dalam pada itu, Ajak memberitahu dia sangat mengagumi lakonan Nabila Huda apabila kedua-dua mereka digandingkan dalam sebuah filem baru-baru ini.

Ajak berkata walaupun di luar Nabila tampak seperti seorang yang ‘gila-gila’, namun apabila berada di set penggambaran dia menjadi seorang yang sangat profesional sekaligus menjadi motivasi buat dirinya untuk turut memberikan yang terbaik.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Ajak akui berasa terkilan apabila tidak dapat berlakon dalam drama bersiri 13 episod di Astro kerana jadualnya berselisih dengan tarikh dia dan keluarga bakal mengerjakan umrah bulan depan.

Dia bagaimanapun tidak terlalu kecewa sebaliknya menganggap tiada rezeki buatnya

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee