
Walaupun Post-Credit filem Guardians of the Galaxy menampilkan ‘cocoon’ yang dipercayai terdapat Adam Warlock didalamnya, berita terbaru yang kami perolehi dari laman web CBR.com menyatakan bahawa watak baru dalam dunia sinematik Marvel akan datang mungkin tidak akan muncul dalam filem ketiga Guardians of the Galaxy.
Berita berkenaan berdasarkan ‘twit’ terbaru yang dikeluarkan oleh pengarah filem itu sendiri, James Gunn baru-baru ini.
Dalam ‘twit’ yang dikeluarkan oleh pengarah berkenaan, beliau mengatakan bahawa kemunculan watak Adam Warlock dalam Guardians of the Galaxy Vol. 3 tidak disahkan lagi.
12 And despite so many people thinking Adam will show up in Vol 3 that is something that we have never confirmed. Who knows how long it will take him to bake in that cocoon. That said, I love Adam. But the time must be right.
— James Gunn (@JamesGunn) November 21, 2017
Selain itu juga, beliau turut mendedahkan bahawa babak yang menampilkan karakter Adam Warlock hampir tidak dimasukkan dalam filem Guardians of the Galaxy itu. Menurutnya, mereka tiada perancangan untuk memperkenalkan watak itu dalam filem-filem Marvel terutamannya dalam filem Avangers 3 (Infinity War) dan juga Avengers 4.
11 I awoke with a vision of the Stakar Ravagers scene in my head and couldn't stop thinking about it for days. We almost didn't include the Adam Warlock scene because he was definitely not in Avengers 3 or 4 and we had no plans for him in general.
— James Gunn (@JamesGunn) November 21, 2017
Dalam post-credit filem Guardians of the Galaxy itu, babak tersebut telah menunjukkan sebuah ‘cocoon’ dan kemudian karakter Ayesha menyatakan sesuatu kepada ‘coccoon’ tersebut dan kemudiannya menyebut nama Adam yang merujuk kepada Adam Warlock.
Post credit berkenaan mencetuskan ‘hype’ dikalangan peminat-peminat Marvel yang teruja dengan kemunculan karakter tersebut dalam dunia Marvel Cinematic Universe.
Adam Warlock merupakan antara watak popular dalam komik-komik Marvel terutamanya komik Guardians of the Galaxy, malah Adam juga diantarakan watak terkuat dikalangan karakter-karakter komik Marvel.