Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

‘The Glory Part 2’ Duduki #1 Dalam 10 Teratas Global Dengan Gabungan Jumlah Tontonan Lebih 124 Juta Jam


The Glory telah mengejutkan dunia hiburan dengan drama pembalasan dendam itu berjaya menduduki ranking #1 dalam senarai 10 Teratas Global Bagi TV Bukan Bahasa Inggeris selepas hanya tiga hari Bahagian 2 drama itu memulakan tayangannya. 

Episod akhir siri ini telah ditonton selama 124.46 juta jam pada minggu 6 Mac dan kini menduduki tempat ke-9 dalam senarai TV Paling Popular (Bukan Bahasa Inggeris). Ia juga memasuki carta Top 10 di 79 negara, termasuk kedudukan #1 dalam senarai Top 10 (TV) Malaysia.

Untuk meraikan kejayaan siri ini, Netflix telah mendedahkan foto eksklusif di sebalik tabir daripada penggambaran The Glory Part 2.

Dibintangi Song Hye-kyo, drama balas dendam The Glory menceritakan kisahnya seorang wanita yang mendedikasikan dua dekad dalam hidupnya untuk merancang rangkaian dendam yang teliti terhadap pembuli zaman kanak-kanaknya.

Tonton kesemua episod The Glory secara eksklusif hanya di Netflix. 



Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee