Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA


Berdasarkan keputusan kewangan yang diumumkan oleh syarikat induknya, PCCW Limited, untuk tahun berakhir 31 Disember 2022, Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW yang beroperasi di 16 pasaran, terus menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan mencapai EBITDA positif untuk tahun pertama.

Pengguna aktif bulanan (MAU) perkhidmatan tersebut meningkat sebanyak 13% tahun ke tahun kepada 66.4 juta dan pelanggan berbayar meningkat lebih daripada 45% untuk tempoh yang sama kepada 12.2 juta. Viu kekal di tempat teratas dari segi pengguna aktif bulanan untuk 12 suku berturut-turut dan menduduki tempat kedua untuk pelanggan berbayar dan minit penstriman di seluruh rantau Asia Tenggara.

Pendapatan Viu juga meningkat sebanyak 45% tahun ke tahun kepada AS$206 juta pada 2022. Dilancarkan pada 2015, Viu merupakan antara yang terawal di rantau ini yang memperkenalkan model dwi pendapatan melibatkan langganan dan pengiklanan premium. Dengan usaha yang konsisten dalam memacu perkhidmatan terus-kepada-pengguna (D2C) dan mengembangkan pengedaran melalui perkongsian dengan pengendali telekomunikasi, rakan kongsi digital, jenama dan agensi iklan di peringkat tempatan dan serantau, Viu menyaksikan pertumbuhan pendapatan kukuh melibatkan SVOD dan AVOD mereka di platform tersebut.

Laporan MPA yang dikeluarkan baru-baru ini, “Pandangan & Analitik Pengguna Video Atas Talian di Asia Tenggara bagi Suku ke-4 2022” (SEA Online Video Consumer Insights & Analitis, S4 2022) menerangkan prestasi Viu untuk tahun tersebut sebagaimana berikut:

“Video Dalam Talian Asia Tenggara menambah 4.6 juta pelanggan berbayar baharu bersih pada Suku ke-4 2022, yang merupakan pertumbuhan kategori tertinggi sejak Suku ke-2 2021. Viu merupakan salah satu daripada dua perkhidmatan OTT teratas yang memacu kira-kira 51% penambahan pelanggan bersih yang diagregatkan merentas lima pasaran Asia Tenggara.


Viu telah membina saluran pemerolehan pelanggan yang kukuh melalui model freemium, dengan tumpuan yang semakin meningkat terhadap kandungan berbayar dan pelanggan. Selain itu, Viu merupakan antara tiga platform terkemuka di Asia Tenggara, yang menyumbang 52% agregat langganan di rantau ini.

Tiga hingga lima drama Korea eksklusif Viu setiap suku tahun pada Suku ke-2 hingga ke-4 memacu pertumbuhan pelanggan manakala kandungan sari kata, variasi hari dan tarikh dan realiti terus memberikan pembezaan kompetitif yang bermakna berbanding platform penstriman lain. Usaha yang ditunjukkan melalui kandungan asli tempatan dan drama percuma ke udara (FTA) telah memberi kesan dalam mengekalkan pelanggan.”

Janice Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan Kumpulan Media PCCW, berkata, “Perluasan kandungan Viu Original dan perkongsian pengedaran yang dipertingkatkan di peringkat tempatan dan serantau memacu pertumbuhan pengguna baharu Viu, meningkatkan penglibatan dan menunjukkan pertumbuhan kukuh melibatkan pendapatan SVOD dan AVOD pada tahun 2022.

Memandang ke hadapan untuk tahun 2023, kami akan terus memberi tumpuan membawa pelbagai tawaran kandungan yang hebat kepada khalayak kami. Dengan kebanyakan pasaran kembali kepada situasi pra-pandemik, kami berusaha untuk terus berhubung dan mendekati pengguna kami di luar skrin dengan membawa bintang kami lebih rapat dengan peminat mereka merentasi pelbagai pasaran melalui siri acara dan pengalaman langsung.”

Pada tahun 2022, Viu menjadi platform utama untuk beberapa siri drama paling dinantikan seperti Again My Life yang dibintangi oleh Lee Joon-gi, Law Café yang dibintangi oleh Lee Seung Gi dan fenomena global, Viu Original Reborn Rich. Viu Original ini yang dilakonkan oleh Song Joong-ki turut diedarkan secara global kepada lebih 170 pasaran di seluruh dunia.

Viu menjadi hos bintang tersebut di Singapura untuk terlibat dengan media tempatan dan peminat dari rantau ini. Acara lain termasuk siri jelajah Viu bersama barisan pelakon Viu Original Pretty Little Liars (S2) Indonesia dan pesta menonton Viu untuk tayangan perdana Viu Original Again My Life di Singapura. Ini adalah sebahagian daripada siri acara yang dianjurkan oleh Viu pada 2022 selaras dengan permintaan pengguna untuk acara dan pengalaman langsung.

Dari segi penggunaan kandungan, laporan MPA mengetengahkan bagaimana bahagian kandungan Asia Tenggara bagi tontonan video premium meningkat pada Suku ke-4, didorong oleh peningkatan penggunaan freemium bagi siri drama tempatan merentas platform termasuk Viu di Thailand. Viu Original Indonesia Bad Boys Crazy Girls juga dinamakan sebagai salah satu siri drama original Asia Tenggara yang cukup memberi impak pada Suku ke-4 dalam laporan tersebut.

Siri Viu Original tempatan bukan sahaja menyumbang kepada jumlah tontonan tetapi juga memenangi beberapa anugerah serantau. Still (Filipina), Ganjil (Malaysia) dan Wannabe (Thailand) semuanya memenangi Anugerah Kreatif Akademi Asia pada tahun lalu.

Memasuki 2023, dengan pertumbuhan berterusan melibatkan pengguna aktif bulanan dan pelanggan berbayar, strategi Viu adalah untuk membawa kandungan yang hebat dan lebih banyak pengalaman bersemuka kepada peminat sambil memanfaatkan pertumbuhan kukuh dalam langganan premium dan pasaran pengiklanan digital di seluruh rantau, seiring dengan kemajuan industri.


Related posts

Review Drama VIU: Black (Episod 1)

Kakimuvee

[VIU] Saksikan Trailer Drama Black Adapatasi Drama Popular Korea

Zulaikha

Mereka Kembali Beroperasi Dalam Teaser Terbaru Kopitiam: Double Shot

Kakimuvee

Viu Malaysia Kongsikan Teaser Kopitiam: Double Shot

Kakimuvee