Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

‘The Glory Part 2’ Duduki #1 Dalam 10 Teratas Global Dengan Gabungan Jumlah Tontonan Lebih 124 Juta Jam

The Glory telah mengejutkan dunia hiburan dengan drama pembalasan dendam itu berjaya menduduki ranking #1 dalam senarai 10 Teratas Global Bagi TV Bukan Bahasa Inggeris selepas hanya tiga hari Bahagian 2 drama itu memulakan tayangannya.Ā 

Episod akhir siri ini telah ditonton selama 124.46 juta jam pada minggu 6 Mac dan kini menduduki tempat ke-9 dalam senarai TV Paling Popular (Bukan Bahasa Inggeris). Ia juga memasuki carta Top 10 di 79 negara, termasuk kedudukan #1 dalam senarai Top 10 (TV) Malaysia.

Untuk meraikan kejayaan siri ini, Netflix telah mendedahkan foto eksklusif di sebalik tabir daripada penggambaran The Glory Part 2.

Dibintangi Song Hye-kyo, drama balas dendamĀ The GloryĀ menceritakan kisahnya seorang wanita yang mendedikasikan dua dekad dalam hidupnya untuk merancang rangkaian dendam yang teliti terhadap pembuli zaman kanak-kanaknya.

Tonton kesemua episod The GloryĀ secara eksklusif hanya di Netflix.Ā 

Related posts

Jeon Do-yeon Sebagai Ibu Tunggal & Pembunuh Upahan, Filem Netflix KILL BOKSOON Akan Ditayangkan Pada 31 Mac Ini

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea yang Tidak Boleh Dilepaskan “Big Bet” Akan Ditayangkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar 15 Februari Ini

Kakimuvee

Netflix Dedah Tarikh Tayangan & Gambar Terbaru ‘The Glory Part 2’

Kakimuvee

Siri Romantik Terbaru Korea ā€œCall It Loveā€ Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Pada 22 Februari

Kakimuvee

Uunchai: ZEE5 Global Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Terbaru Amitabh Bachchan

Kakimuvee

Musim 2 “Alice in Borderland” Kuasai #1 Dalam Senarai TV Bukan Bahasa Inggeris Global Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment