Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeBerita

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Pada 1 April, adaptasi anime yang sangat dinanti-nantikan bagi siri manga yang memenangi anugerah Tengoku Daimakyo (“Heavenly Delusion”) akan membuat debut di Disney+ Hotstar.

Berdasarkan siri nama yang sama oleh Masakazu Ishiguro, Tengoku Daimakyo memulakan cerita di kota Tokyo yang telah musnah, 15 tahun selepas dunia dilanda bencana yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Dengan hanya tinggal gugusan tamadun yang kecil dan terpencil, Kiruko, terkejut menerima permintaan misteri yang memintanya “membawa anak ini ke Syurga” sebelum utusan tiba-tiba meninggal dunia. Dengan tiada maklumat untuk pergi, Kiruko dan Maru, memulakan perjalanan untuk mencari “Syurga”, sambil cuba mengelak “Hiruko” – makhluk aneh yang memburu umat manusia yang masih yang masih hidup.

Dibintangi oleh Gen Sato (Dr Stone: New World, Hoshi no Samidare) sebagai Maru; Sayaka Senbongi (Bocchi the Rock!, Extreme Hearts) sebagai Kiruko; dan Hibiku Yamamura (Buddy Daddies, Akiba Meido Sensou) sebagai Tokio, Tengoku Daimakyo dihasilkan oleh Production I.G., pasukan di sebalik siri Psycho-Pass dan Ghost In The Shell, ditulis oleh Makoto Fukami (Black Rock Shooter: Dawn Fall) dan diarahkan oleh Hirotaka Mori.

Jangan lupa strim Tengoku Daimakyo dari 1 April di Disney+ Hotstar.

 

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment