Sejak diumumkan pada September 2018, Loki menjadi antara siri Marvel Disney+ yang sangat dinantikan peminat.
Kini, anda boleh melihat trailer pertama Loki apabila Marvel Studios melancarkannya semasa perbentangan Disney Investors Day. Selain itu juga, turut diumumkan adalah tarikh tayangan siri tersebut, iaitu pada Mei 2021.
Anda boleh saksikan trailer dibawah.
“Glorious.”
— Marvel Studios (@MarvelStudios) December 11, 2020
Loki, an Original Series from Marvel Studios, is coming May 2021 to #DisneyPlus. @lokiofficial pic.twitter.com/gqT7AKur2y
Barisan pelakon terdiri daripada Tom Hiddleston yang meneruskan peranannya sebagai Loki, serta Sophie Di Martino, Owen Wilson, Richard E. Grant dan Gugu Mbatha-Raw.
Siri Loki akan membawa penonton meneroka penggembaraan God of Mischief itu selepas dia berjaya mencuri Tesseract dalam filem Avengers: Endgame. Setakat ini plot utama siri masih lagi tersimpan rapi, tetapi menurut Hiddleston, karakternya akan menggunakan Tesseract untuk mencetuskan lebih banyak huru-hara.
Kate Herron menjadi pengarah manakala Penulis Rick and Morty, Michael Waldron dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip siri Loki.