Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Pertama “Loki” Dilancarkan! Akan Ditayangkan Pada Mei 2021


Sejak diumumkan pada September 2018, Loki menjadi antara siri Marvel Disney+ yang sangat dinantikan peminat.

Kini, anda boleh melihat trailer pertama Loki apabila Marvel Studios melancarkannya semasa perbentangan Disney Investors Day. Selain itu juga, turut diumumkan adalah tarikh tayangan siri tersebut, iaitu pada Mei 2021. 

Anda boleh saksikan trailer dibawah.  

Barisan pelakon terdiri daripada Tom Hiddleston yang meneruskan peranannya sebagai Loki, serta Sophie Di Martino, Owen Wilson, Richard E. Grant dan Gugu Mbatha-Raw.

Siri Loki akan membawa penonton meneroka penggembaraan God of Mischief itu selepas dia berjaya mencuri Tesseract dalam filem Avengers: Endgame. Setakat ini plot utama siri masih lagi tersimpan rapi, tetapi menurut Hiddleston, karakternya akan menggunakan Tesseract untuk mencetuskan lebih banyak huru-hara.


Kate Herron menjadi pengarah manakala Penulis Rick and Morty, Michael Waldron dipertanggungjawabkan untuk menulis skrip siri Loki.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee