Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Chris Evans Bawa Watak Utama Dalam Filem ‘Standalone’ Buzz Lightyear

Chris Evans akan membawa suara Buzz Lightyear dalam filem terbaru Pixar mengenai karakter ikonik itu. Pekara tersebut diumumkan semasa perbentangan Disney’s Investor Day.

Angus MacLane akan mengarahkan filem ‘origin’ mengenai Buzz Lightyear, yang menjadi terkenal dan disukai peminat dalam francais Toy Story. 


Ketua Pegawai Kreatif Pixar, Pete Docter menjelaskan semasa perbentangan bahawa, Buzz Lightyear sepatutnya menjadi fokus utama dalam filem pertama Toy Story, sebelum Woody (lakonan Tom Hanks) dipilih menjadi watak utama.

Watak Buzz sebelum ini disuarakan oleh Tim Allen.

MacLane merupakan pengarah bersama filem animasi Finding Dory, dan menjadi animator untuk beberapa filem Pixart seperti The Incredibles, Monsters, Inc., WALL-E dan Ratatoiulle.

Evan mula menjadi terkenal selepas memainkan watak Captain America dalam beberapa filem Marvel termasuklah Avengers: Endgame. Filem terbaru lakonannya adalah Knives Out arahan Rian Johnson, dan minisiri Defending Jacob. 

Dia akan muncul dalam filem terbaru Don’t Look Up dan The Gray Man. 

Francais Toy Story telah berjaya mengutip lebih $3 billion doloar seluruh dunia, dan keempat tertinggi dalam francais animasi. Filem keempat telahpun ditayangkan pada tahun lalu.

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment