Shudder telah kongsikan trailer untuk filem Haunted, kisah moden dan radikal yang diambil dari cerita dongeng “Little Red Riding Hood.”
Lucie Debay membawa ‘Red Riding Hood’ ke arah yang berbeza dalam Haunted dengan menjadikan ‘serigala’, lakonan Arieh Wothalter’ sebagai mangsanya.
Filem seram survival arahan Vincet Paronnaud ini mengisahkan Eve yang bertemu dengan seorang lelaki menawan di sebuah bar.
Namun, segalanya menjadi tidak menentu apabila dia mengentahui bahawa lelaki itu adalah seorang psikopat. Dia berhadapan dengan pemburuan yang menakutkan, sehinggalah dia membuat keputusan untuk melawan balik dan menggunakan hutan sebagai sekutunya.
Haunted akan ditayangkan di platform streaming Shudder pada 14 Januari tahun hadapan.