
Antihero terkenal Marvel akan mendapat siri manganya sendiri!
Marvel Comics akan bekerjasama dengan penulis Sanshira Kasama dan artis Hikaru Uesugi untuk lancarkan siri manga Deadpool.
Siri terbaru bertajuk Deadpool: Samurai itu akan dilancarkan pada 10 Disember ini, di platform digital manga, Shonen Jump. Platform tersebut menjadi tempat beberapa manga popular, termasuklah Naruto, Once Piece dan Bleach.
Akaun Twitter Marvel Jepun telah kongsikan gambar-gambar promosi Deadpool: Samurai.
/
— Marvel (@marvel_jp) December 5, 2020
速報
東京コミコン2020で重大発表🎊
\
少年ジャンプ+で #デッドプール が連載決定‼️
12月10日(木)の配信開始までお待ちください👍#マーベル pic.twitter.com/JAlOizTbUg
【お知らせ】
ジャンプ+にて12月10日(木)にMARVELとのコラボ漫画『デッドプール:SAMURAI』の連載が始まります。
作画は読切版と同じく植杉光(@HIKARU_UESUGI)くんです。
よろしくお願いいたします。 pic.twitter.com/wqurLiyPmM— 笠間三四郎 (@kasama346) December 5, 2020
Gambar tersebut memaparkan Deadpool sedang membaca isu terbaru Shonen Jump dengan mata berkerut tanda sedang senyum, manakala satu lagi gambar menunjukkan Deadpool sedang duduk di dalam limo sambil bermain Nintendo 3DS, dikelilingi dengan senjata.
Syarikat induk Shonen Jump, Shueisha dan Marvel telah menjalin kerjasama pada tahun 2019, dan mewujudkan antologi Marvel × Shōnen Jump + Super Collaboration.
Antologi tersebut mengandungi tujuh ‘one-shots’ dari pelbagai artis manga, termasuk Toyotaka Haneda yang mencipta ‘one-shots’ Ant-Man, dan pencipta Yu-Gi-Oh! Kazuki Takahashi yang menulis ‘one-shots’ Spider-Man dan Iron Man.
‘One-shots’ Deadpool: Samurai menyaksikan antihero itu menggunakan mesin merentas masa, untuk kembali ke zaman feudal Jepun, di mana dia mengambil bahagian dalam pertempuran samurai.