Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Perempuan Tanah Jahanam” Menang Besar Di Festival Filem Indonesia 2020

Selepas dipilih untuk mewakili Indonesia di Anugerah Oscar 2021, filem seram arahan Joko Anwar, Perempuan Tanah Jahanam (Impetigore) terus mencipta kejayaan apabila membawa pulang enam trofi di majlis anugerah Festival Filem Indonesia (FFI) 2020, dan dinobatkan sebagai Filem Terbaik tahun ini.

Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Pusat Kovensyen Jakarta pada Sabtu, dan disiarkan secara langsung di platform YouTube dan media sosial.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah industri filem Indonesia, sebuah filem seram mendapat pengiktirafan, sekaligus menandakan pencapaian sensasi buat genre seram.

Sementara itu, Joko Anwar berjaya membawa pulang trofi Pengarah Terbaik menerusi filem Perempuan Tanah Jahanam, manakala untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik, dimenangi Gunawan Maryanto menerusi peranannya dalam filem Hiruk Pikuk si Alkisah (The Science of Fictions).

Untuk Pelakon Wanita Terbaik, dimenangi Laura Basuki yang memainkan peranan juara badminton Indonesia, Susi Susanti dalam filem Love All. Ini merupakan kemenangan keduanya selepas FFI 2010.

Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik diberi kepada Allahyarham Ade Firman Hakim menerusi peranannya dalam filem Ratu Ilmu Hitam. Allahyarham meninggal dunia pada September yang disebabkan sakit.

Pasangan Ernest Prakasa dan Meira Anastasia telah membawa pulang trofi Skrip Adaptasi Terbaik menerusi filem Imperfect: Karier, Cinta & Timbangan (Career, Love and Bathroom scale), manakala Adriyanto Dewo memenangi kategori Skrip Asal Terbaik menerusi filem Mudik (Homecoming).

Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman diberikan kepada Tatiek Maliyati, bekas aktres yang kini berusia 86 tahun. Dia merupakan penulis skrip, pensyarah dan ahli lembaga penapisan filem. Penghargaan itu diterima oleh anaknya Danton Sihombing, ketua Majlis Kesenian Jakarta.

Perempuan Tanah Jahanam telah dicalonkan dalam 17 kategori – paling banyak berbanding filem lain – dan turut mengondol anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Christine Hakim), Suntingan Terbaik (Dinda Amanda), Suntingan Bunyi Terbaik (Mohamad Ikhsan, Syamsurrijal, dan Anhar Moha) dan Pengarah Fotografi terbaik (Ical Tanjung).

Sumber: The Jakarta Post

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment