Menerusi laman Instagram rasmi, Tom Cruise telah mendedahkan gambar terbaru filem sekuel Top Gun: Maverick. Perkongsian itu juga turut mendedahkan bahawa trailer kedua bakal menyusul pada hari esok. Anda boleh saksikan gambar terbaru dibawah sementara menantikan trailer terbaru filem aksi yang paling dinantikan itu.
Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia yang penuh dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang meyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.
Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer.
Paramount Pictures telah menetap tarikh tayangan Top Gun: Maverick pada 26 Jun 2020.