Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

J.J. Abrams Beri Hint Cameo Karakter Kegemaran Peminat Bakal Muncul Dalam ‘The Rise Of Skywalker”

Star Wars: The Rise of Skywalker menandakan pengakhiran “Skywalker Saga”, dan ramai peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana J.J. Abrams merencanakan finale filem arahannya itu.

Dalam temubual bersama portal Jepun Sora News baru-baru ini, J.J. Abrams memberi ‘hint’ kepada peminat bahawa filem The Rise of Skywalker bakal menampilkan cameo dari filem / siri animasi The Clone Wars dan Star Wars Rebels, iaitu Ahsoka Tano.

Abrams memberi petunjuk selepas dia bertanya kepada pewawancara tentang karakter Star Wars kegemaran mereka. Selepas pewawancara menyebut The Clone War, Abrams memberi respon “Hmm Ahsoka ya?, anda mungkin mahu menonton The Rise of Skywalker dengan lebih teliti.”

Ahsoka Tano merupakan Padawan Anakin Skywalker dan dikatakan telah mati semasa bertarung dengan Darth Vader. Namun dalam episod “A World Between Worlds”, Star Wars Rebel Musim Keempat, nasib Ahsoka akhirnya telah diketahui dimana Ezra Bridger berjaya menyelamatkannya sebelum Vader sempat membunuh bekas anak muridnya itu.

Walaupun sekadar ‘hint’ peminat mungkin mahu menyaksikan dengan lebih teliti tentang cameo Ahsoka Tano dalam filem akan datang, dan diharapkan karakter tersebut bukan sekadar cameo. Jadi kepada para peminat Star Wars, adakah anda teruja dengan ‘hint’ yang didedahkan J.J. Abrams? kongsikan pendapat anda.

Star Wars: The Rise of Skywalker bakal menemui penonton mulai 20 Disember ini.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment