Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu


A Bittersweet Life (2005)
Kredit gambar: Mubi

Tidak ada keraguan bahawa filem-filem Korea Selatan telah lama memantapkan industri filem mereka sebagai pesaing fantastik dalam pembuatan filem.

Filem-filem Korea terus menerus berjaya menarik tumpuan penonton global dengan banyak filem bermutu tinggi dari pelbagai jenis genre.

Kami mengumpulkan beberapa filem terbaik Korea lebih sedekad yang lalu, filem² ini juga pernah memenangi beberapa penghargaan dalam anugerah-anugerah perfileman dalam dan juga di luar Korea Selatan.

Mother (2009)

Kredit gambar: Mubi

Pengarah Bong Joon Ho sudah cukup tersohor di dunia industri perfileman ketika ini atas kejayaan filem Parasite yang memenangi banyak anugerah utama di Anugerah Oscar, termasuk Filem Terbaik pada tahun 2019. Mother merupakan salah satu filem arahannya yang paling terkenal setelah Memories of Murder dan The Host, jauh sebelum Parasite.

Mother merupakan filem misteri thriller yang dibintangi pelakon veteran Kim Hye Ja, Won Bin, Jin Goo, Yoon Jae Moon, dan Jeon Mi Seon. Filem ini mengisahkan seorang ibu tunggal, Hye Ja yang tinggal di sebuah bandar kecil di Korea Selatan bersama anak lelakinya, Do Jun yang mempunyai masalah mental. Hidup mereka kemudian berantakan apabila seorang gadis dibunuh dengan kejam, dan Do Jun menjadi suspek utama. Rasa dikhianati dengan sistem undang-undang, Hye Ja mengambil jalan sendiri untuk membersihkan nama anaknya. 


Filem ini pertama kali ditayang di Festival Filem Cannes 2009. Mother juga terpilih untuk mewakili Korea Selatan dalam Anugerah Akademi 2009 menerusi kategori Filem Antarabangsa Terbaik.

Walaupun tak menang Oscar, filem tersebut meraih banyak anugerah seperti menjadi filem terbaik di Buil Film Awards, Busan Film Critic Awards, Korean Association of Film Critic Awards, Blue Dragon Film Awards, KOFRA Film Awards, dan Green Planet Movie Awards.

Speed Scandal (2008)

Speed Scandal (2008)
Kredit gambar: Mubi

Selama ni hidup bujang tanpa komitmen peribadi, tetapi tiba-tiba hidup anda berubah secara mengejut kerana anda dapat tahu anda ada anak dan juga cucu.

Filem komedi kekeluargaan arahan Kang Hyung Chul, lakonan Cha Tae Hyun dan Park Bo Young ini mengisahkan bekas idol remaja, Nam Hyeon Soo (Cha Tae Hyun), yang kini berusia 30-an dan bekerja sebagai juruhebah radio. Seorang gadis muda, Hwang Jeong Nam (Park Bo Young) menghantar kisah tentang kehidupannya sebagai ibu tunggal di stesyen radio tempat Hyeon Soo bekerja, Jeong Nam memberitahu Hyeon Soo yang dia akan pergi berjumpa ayah kandungnya.  

Apabila Jeong Nam muncul bersama anak lelakinya Ki Dong (Wang Seok Hyeon) di pangsapuri Hyeon Soo, Hyeon Soo mendapati dialah ayah yang dicari Jeong Nam.

Filem ini merupakan filem terlaris korea pada tahun 2008. Filem ini juga banyak menyertai festival filem antaranya, Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2009, Festival Filem Antarabangsa Hawaii 2009, Festival Filem Asia New York 2010, dan Festival Filem Fantasia 2010. Park Bo Young mendapat anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Baeksang 2009 menerusi filem ini.

A Bittersweet Life (2005)

A Bittersweet Life (2005)
Kredit gambar: Mubi

Seorang ahli kongsi gelap yang disuruh untuk mengintip teman wanita ketuanya kerana ketuanya mengesyaki teman wanitanya curang, tetapi apa berlaku apabila lelaki ini terjatuh cinta dengan teman wanita ketuanya?

Filem arahan Kim Jee Won, lakonan Lee Byung Hun, Hwang Jung Min dan Shin Min Ah ini merupakan antara filem aksi gangster terbaik Korea. 

Ketua kongsi gelap, Kang (Kim Yeong Cheol) mengesyaki teman wanitanya, Hee Su (Shin Min Ah) curang dan menghantar orang kepercayaannya, Sun-woo (Lee Byung Hun), untuk menjadi mata-mata mengintip teman wanitanya. Sun Woo kemudian jatuh cinta dekat Hee Su.

Apabila Sun Woo akhirnya berjaya mengetahui yang Hee Soo curang, dia tak mampu untuk membunuh Hee Soo dan membenarkan Hee Soo lari menyelamatkan diri. Oleh kerana itu, Kang mengamuk dan menyuruh orang-orangnya membelasah Sun Woo dan membiarkannya mati. Sun Woo tidak mati dan merangka pembalasan dendam terhadap Kang.

Filem ini masuk bertanding di Festival Filem Cannes 2005. Memenangi Silver Prize, Filem Asia terbaik dan Sinematografi Terbaik di Festival Filem Fantasia 2006.

Filem ini juga banyak meraih anugerah lakonan terbaik dari Lee Byung Hun dan Hwang Jung Min.

I’m a Cyborg But That’s OK (2006)

I'm a Cyborg But That's OK (2006)
Kredit gambar: Mubi

Pesakit yang dirawat di Hospital Sakit Jiwa  mempunyai pemikiran yang berbeza dari pemikiran manusia normal, mereka seperti berada di dunia lain dan hidup dalam fantasi, seperti inilah yang digambarkan dalam filem ini.

Filem romantik fantasi arahan Park Chan Wook, lakonan Rain dan Im Soo Jung ini mengisahkan Yeong Goon (Im Soo Jung) bekerja di kilang pembuatan dan pemasangan radio. Yeong Goon mempunyai gangguan mental dimana dia menganggap dirinya adalah cyborg. Satu hari, ketika bekerja di kilang, dia memutuskan untuk mengecas semula dirinya dengan mengelar pergelangan tangannya dan memasukkan wayar elektrik ke lengannya. Tindakannya menyebabkan Yeong Goon dirawat di New World, sebuah Hospital Sakit Jiwa yang penuh dengan watak-watak menarik.

Di New World, Yeong Goon menghabiskan masanya dengan mendengar radio, bercakap dengan mesin layan diri, dan menjilat terminal bateri 9 volt. Dia kemudian bertemu seorang lelaki bernama Il Sun (Rain) yang dulu bekerja sebagai juruelektrik, Il Sun adalah ‘pencuri jiwa’. Il Sun percaya bahawa dia mempunyai kebolehan untuk mencuri keperibadian orang lain. Yeong Goon dan Il Sun segera membentuk ikatan yang kuat kerana keperibadian aneh mereka saling melengkapi dengan sempurna.

I’m a Cyborg, But That’s OK memenangi Anugerah Alfred Bauer di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57 dan dipilih sebagai filem pembukaan di Festival Filem Hong Kong, Rain juga memenangi anugerah pelakon lelaki baru terbaik di Anugerah Baeksang 2007.

Crying Fist (2005)

Crying Fist (2005)
Kredit gambar: Mubi

Setiap orang memiliki cara sendiri untuk mengurus stress, ada yang bila stress suka makan, tengok wayang, tidur bila stress, dan ada juga yang suka memukul sesuatu bila stress.

Filem aksi tinju arahan Ryoo Seung Wan, lakonan pelakon legenda Korea Choi Min Sik dan Ryu Seung Bum ini mengisahkan Kang Tae Sik (Choi Min Sik) lelaki berusia 43 tahun, bekas pemenang pingat perak meninju. Tae Sik kini mencari duit di kawasan pusat beli belah di Seoul sebagai manusia “punching bag” untuk orang melampiaskan stress mereka, dia juga selalu bersembunyi dari dikejar lintah darat. Isterinya ingin bercerai dan mengugut untuk lari bersama anak lelaki mereka.

Yoo Sang Hwan (Ryoo Seung Bum), remaja bermasalah, yang baru keluar penjara. Sang Hwan dimasukkan ke penjara kerana merompak dan memukul jirannya kerana hendak membayar hutang. Ketika di dalam penjara, pengawal penjara mengesyorkan Sang Hwan untuk belajar tinju supaya dapat kawal perangainya yang agresif bila stress. Kini ayah Sang Hwan meninggal dunia, ibunya entah kemana, neneknya pula kena angin ahmar, Sang Hwan sangat terdesak, lalu dia menyertai pertandingan meninju amatur, dan bertemu Tae Sik di gelanggang meninju.

Filem ini mula ditayangkan di seksyen Directors’ Fortnight di Festival Filem Cannes 2005, pengarah filem ini memenangi anugerah pengarah filem terbaik di Anugerah Busan Film Critics 2005.

Treeless Mountain (2008)

Treeless Mountain (2008)
Kredit gambar: Mubi

Filem bertema drama arahan pengarah wanita Kim So Yong mengisahkan kehidupan dua kanak-kanak perempuan Jin & Bin. Kerana desakan ekonomi dan ingin mencari ayah mereka yang sudah lama hilang, ibu mereka terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk dijaga ibu saudara mereka yang tinggal di kampung. Sebelum pergi, ibu mereka memberi anak-anaknya sebuah tabung dan berjanji jika Jin & Bin mengisi tabung itu penuh maka ibu mereka akan kembali ke pangkuan mereka.

Filem ini membuat tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008. Treeless Mountain memenangi anugerah Ecumenical Jury di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2009 dalam kategori forum, memenangi anugerah filem terbaik di Festival Filem Antarabangsa Dubai 2008, juga memenangi anugerah Gold Prize di Festival Filem Antarabangsa Damascus 2009.

Strim semua filem-filem hebat antarabangsa, termasuk dari Asia dan tempatan di perkhidmatan streaming Mubi. Nikmati tempoh percubaan selama 30 hari secara percuma dengan klik pautan ini, khusus untuk peminat-peminat filem dan juga pengikut Kakimuvee. 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee