Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

John Cena dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi filem aksi-komedi Freelance, lapor Deadline.

Freelance mengikuti operator pasukan khas (Cena) yang memutuskan untuk bersara dari Tentera Darat dan memulakan kehidupan keluarga di Amerika Syarikat. Bertahun-tahun berlalu, dan setelah berkeluarga, dia memutuskan untuk keluar dari persaraan dengan mengambil pekerjaan sebagai pengawal peribadi kepada seorang wartawan ketika dia melakukan perjalanan untuk menemuramah seorang diktator yang memiliki sejarah dengan operator tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Pierre Morel, pengarah filem Taken, dan akan diterbitkan oleh Endurance Media bersama Sentient Entertainment. 

“Apabila rampasan kuasa tentera berlaku di tengah-tengah sesi temuramah, ketiga-tiga mereka terpaksa melarikan diri ke dalam hutan di mana mereka mesti bertahan daripada unsur-unsur alam, tentera dan satu sama lain,” menurut sinopsis untuk filem itu.

Produksi akan bermula pada tahun hadapan di Columbia, dan buat masa ini tiada studio yang memperoleh hak pengedaran untuk filem itu. Ini merupakan filem terbaru bintang WWE itu selepas muncul dalam beberapa projek besar seperti The Suicide Squad dan siri televisyen Peacemaker. 

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment