Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Mamat Khalid

Berita sedih buat industri filem tanah air. Pengarah terkenal, Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Slim River sebentar tadi. Berita pemergian Allahyarham telah disampaikan beberapa kenalannya di media sosial. 

Menurut penguna Facebook, Pyanhabib Rahman, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada sekitar 12.30 tengah malam sebentar tadi.


Memetik laporan Utusan Malaysia, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia,” – ujar Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Related posts

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia

Kakimuvee

Luangkan Masa Pada ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ pada 24 – 26 Jun Ini

Kakimuvee

“Special Force: Anarchy” Bakal Datang Ke Disney+ Hotstar Di Malaysia

Kakimuvee

Lebih Banyak Belanja, Lebih Banyak Jimat Dengan Kempen ‘Macam-Macam Ada’ Astro Go Shop

Zulaikha

Leave a Comment