Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaTrivia

6 Drama Korea Menarik Menanti Anda Pada Bulan Oktober Ini!


Bagi penggemar drama-drama Korea, pasti akan tertanya-tanya drama apa yang menarik untuk disaksikan pada bulan Oktober nanti. Jangan risau, seperti biasa kami di Kakimuvee akan sentiasa memberikan cadangan drama yang harus anda tonton pada setiap bulan.

Ok, tidak mahu bercerita panjang lebar, disini kami kongsikan 6 Drama Korea Menarik yang harus anda saksikan pada bulan Oktober.

1. Catch The Ghost (tvN)

– Tayangan bermula 21 Oktober
– Setiap Isnin & Selasa
– Lakonan Moon Geun Young, Kim Sun Ho

Yoo-Ryung (Moon Geun Young) adalah seorang detektif rookie. Kembarnya yang menghidapi autisma telah hilang. Untuk mencari kembarnya, Yoo-Ryung menggunakan khidmat pasukan polis keretapi bawah tanah.

2. My Country (JTBC)

– Tayangan bermula 4 Oktober
– Setiap Jumaat & Sabtu
– Lakonan Woo Do Hwan, Yang Se Jong, Jang Hyuk, Seolhyun AOA


Drama ini berlatarkan penghujung zaman Dinasti Goryeo dan permulaan zaman Dinasti Joseon, dan mengisahkan tentang konflik yang muncul berkaitan dengan orang² yang mahukan kuasa dan perlindungan.

3. The Lies Within (OCN)

– Tayangan bermula 12 Oktober
– Setiap Sabtu & Ahad
– Lakonan Lee Min Ki, Lee Yoo Young

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang suaminya hilang selepas ayah wanita itu mati secara mengejut. Wanita itu menyertai politik dan bekerjasama dengan seorang detektif dalam mencari kebenaran dalam dunia politik yang penuh dengan kepura-puraan.

4. Leverage (TV Chosun)

– Tayangan bermula 13 Oktober
– Setiap Ahad
– Lakonan Lee Dong Gun, Jeon Hye Bin, Kim Sae Ron, Kim Kwon, Yeo Hoi Yeon

Lee Tae-Joon (Lee Dong-Gun) adalah penyiasat penipuan insurans yang sangat power. Kes yang tidak dijangka mengubah hidupnya. Beliau berhenti kerja dan merekrut penjenayah berbakat, yang pernah ditangkapnya, untuk membentuk satu pasukan penipuan elit. Pasukan itu termasuk Hwang Soo-Kyung (Jeon Hye-Bin), Ko Na-Beyol (Kim Sae-Ron), Roy Ryu (Kim Kwon) dan Jung Ui-Sung (Yeo Hoi-Hyeon). Mereka menipu penjenayah kaya dan mengembalikan wang yang mereka curi kepada mangsa.

5. VIP (SBS)

– Tayangan bermula 7 Oktober
– Setiap Isnin & Selasa
– 16 Episod
– Lakonan Jang Na Ra, Lee Sang Yoon, Lee Chung Ah, Kwak Su Young

Dalam drama siri ini Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon akan membawa peranan sebagai pasangan suami isteri. Mereka berdua bekerja dalam pasukan yang berurusan dengan pelanggan V.I.P. di pusat membeli belah.

6. Extraordinary You (MBC)

– Tayangan bermula 2 Oktober
– Setiap Rabu & Khamis
– Lakonan Kim Hye Yoon, Roowon, Lee Jae Wook

Eun Dan-O (Kim Hye-Yoon) adalah pelajar di sebuah sekolah tinggi berprestij. Keluarganya kaya, tetapi Eun Dan-O mempunyai penyakit jantung. Tunangnya Baek Kyung (Lee Jae-Wook) menghadiri sekolah tinggi yang berprestij yang sama. Eun Dan-O sangat menyukai tunangnya itu tetapi tunangnya tidak menyukainya.

Tiba-tiba, Eun Dan-O mengalami kehilangan ingatan jangka pendek dan dia dapat melihat apa yang akan berlaku dalam masa terdekat. Dia keliru dengan simptom tersebut.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee