Menurut laporan dari laman DisInsider, produksi filem ‘remake live-action’ Snow White and the Seven Dwarfs dijangka akan bermula Mac tahun hadapan bertempat di Vancouver, Kanada dan akan diarahkan oleh Marc Webb.
Webb dikenali menerusi filem The Amazing Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 2 serta pernah mengarah beberapa episod rancangan televisyen seperti The Code, The Society, Crazy Ex-Girlfriend dan Gifted. Turut menyertai barisan kreatif filem ‘live action’ ini adalah Erin Cressida, yang akan bertindak selaku penulis skrip.
Laporan itu juga turut menyebut, Snow White and the Seven Dwarf akan menjadi filem musikal, dan pemenang Anugerah Academy, Benj Pasek serta Justin Paul (La La Land & The Greatest Showman) akan terlibat selaku penulis lagu.
Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pelakon yang akan memainkan beberapa peranan utama dan tarikh tayangannya masih belum diumumkan pihak Disney.