Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Bakal Memulakan Penggambaran November Ini

Berikutan berita Spider-Man untuk kekal dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), 2021 akan menjadi tahun pertama dimana Marvel Studios akan melancarkan empat buat filem. Salah satunya filem Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings.

Kini terdapat laporan terbaru menyatakan bahawa filem tersebut dijangka akan menjalani penggambaran pada November ini. Lokasi penggambaran mungkin akan bertempat di Los Angeles, walaupun laporan sebelum ini menyatakan Sydney, Australia menjadi tempat pilihan pihak studio yang menjalani penggambaran.

Setakat ini, plot utama filem Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings masih lagi tidak diketahui. Namun terdapat teori mengatakan Shang-Chi merupakan anak kepada antagonis utama, The Mandarin.

Barisan pelakon filem superhero Asia ini terdiri daripada Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui).

Destin Daniel Cretton akan mengarahkan filem ini manakala skrip ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini akan mengisahkan tentang Shang-Chi menentang organisasi Ten Rings yang telah diperkenalkan dalam filem Iron Man 3. 

Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings akan menemui penonton pada 12 Februari 2021.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment