Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Terbaru Justice League Telah Dilancarkan


Warner Bros. Pictures telah melancarkan trailer terbaru dan terakhir Justice League sebentar tadi. Anda boleh tonton trailer filem berkenaan dibawah.

Trailer berkenaan memaparkan beberapa aksi terbaru serta turut menampilkan Clark Kent aka Superman dipermulaan trailer. Tetapi sekadar Flashback Lois Lane sahaja. Adakah Superman akan muncul dalam Justice League? nantikan filem berkenaan yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 16 November ini.

Justice League dibintangi oleh Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill sebagai Superman, Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Jason Momoa sebagai Aquaman, Ezra Miller sebagai The Flash, Ray Fisher sebagai Cyborg, Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko, Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor, Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth, Diane Lane sebagai Martha Kent, Connie Nielsen sebagai Queen Hippolyta, Billy Crudup sebagai Henry Allen, Amber Heard sebagai Mera, serta J.K. Simmons sebagai Commissioner Gordon, dan Amy Adams sebagai Lois Lane

Sinopsis

Selepas kematian Superman, Bruce Wayne bersama-sama Diana Prince aka Wonder Women telah menubuhkan Justice League. Mereka berdua telah mencari dan merekrut beberapa metahuman untuk bersedia menghadapi ancaman terbaru yang akan memberi malapetaka besar kepada Bumi. – Mampukah Batman, Wonder Woman, Cyborg dan The Flash menyelamatkan ancaman dari angkasa yang diketuai oleh SteppenWolf?

Diarahkan oleh Zack Snyder serta Joss Whedon, Justice League Part One akan memulakan tayangan di seluruh pawagam tanah air pada 16 November ini.


Trailer


Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee