Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penampilan Terbaru “Hawkeye” Dalam Avengers 4 Menandakan Dia Bakal Membawa Mantel Ronin?


Hawkeye dalam filem-filemĀ Avengers digambarkan sebagai seorang assassin yang cukup berkaliber dan mahir dengan senjata anak panahnya. Namun selepas memihak kepada Captain America dalam Civil War, Hawkeye kini tidak lagi bekerja dengan mana-mana agensi S.H.E.I.L.D dan telah menjadi pelarian selepas Captain America membebaskan kesemua superhero yang menyokongnya.

Dalam perkembangan terbaru filemĀ Avengers 4, Hawkeye atau Clint Burton dikatakan akan berubah dengan meninggalkan pesona Hawkeye nya dan mengambil alih mantel Ronin. Gambar dari set pengambaranĀ Avengers 4Ā dilihat mengesahkan khabar angin mengenai perubahan Hawkeye kepada seorang Ronin. Anda boleh lihat gambar-gambar karakter tersebut dibawah.

Dalam gambar tersebut, jelas penampilannya cukup berbeza dari perwatakannya dalam filem-filem Marvel sebelum ini. Dengan berambut ala “mohawk” lengan bertatu jelas penampilannya dalam filem akan datang akan berubah.

Dalam versi komik, Hawkeye meninggalkan pesonanya selepas event Civil War apabila dia menyertai New Avengers. Dia memakai persona Ronin selepas Echo membenarkannya menyimpan kostum Ronin.

Avengers 4Ā kini dalam proses pengambaran di Atlanta sejurus selepas selesainya pengambaran filemĀ Infinity War.Ā Filem sambungan dari event Infinity War ini bakal ditayangkan pada 3 May 2019 (Tayangan US)



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee