Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerVideo

Pitch Perfect 3: Saksikan Bellas Berduet Dengan Peserta The Voice Nyanyikan Lagu Freedom! ’90 x Cups.”


Sebuah video terbaru Pitch Perfect 3 telah ke udara semasa rancangan The Voice yang disiarkan di saluran NBC. Video tersebut menunjukan anggota Bellas telah berduet bersama-sama peserta Top 12 The Voice menyanyikan lagu “Freedom! ’90 x Cups.”. Anda boleh tonton video duet mereka dibawah.

Selepas tamat pengajian kolej, anggota kumpulan Bellas telah berpecah menjalani kehidupan masing-masing sebagai seorang dewasa. Mereka mendapati sukar untuk mencari pekerjaan selepas tamat kehidupan sebagai pelajar. Namun mereka berpeluang untuk bertemu dan bergabung semula dan mengikuti USO Tour di luar negara. Buat kali terakhir, kumpulan wanita ini kembali untuk menghasilkan musik melalui suara mereka.

Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Anna Camp, Hana Mae Lee, Ester Dean, Alexis Knapp, Chrissie Fit, Kelley Jakle, Shelley Regner, Elizabeth Banks dan John Michael Higgins kembali membintangi filem kali ini dengan pertambahan beberapa pelakon diantaranya John Lithgow dan Ruby Rose.

Pitch Perfect ini diarahkan oleh Trish Sie dan bakal menemui penonton pada 22 Disember ini (Tayangan US)


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee