Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kenapa Jeremy Renner Tiada Dalam Mission: Impossible – Fallout


Bagi yang sudah menonton filem Mission: Impossible – Fallout, pasti anda tertanya-tanya kenapa karakter William Brandt lakonan Jeremy Renner tiada dalam filem terbaru arahan Christopher McQuarrie itu.

Sejak dalam filem Ghost Protocol, ejen IMF William Brandt telah menjadi sekutu kuat Ethan Hunt dalam memburu dan mengagalkan misi penganas-penganas antarabangsa. Ketiadannya dalam filem kali ini pastinya menimbulkan pelbagai pertanyaan dikalangan peminat terhadap karakter tersebut.

Menurut laporan dari Digital Spy, ketiadannya Jeremy Renner dalam filem Fallout bukanlah disengajakan, sebaliknya pelakon tersebut berhadapan dengan pertindihan jadual lakonan dimana Renner ketika itu sedang menjalani penggambaran filem Avengers 4. 

“So it was very difficult for us to say who would be in the movie for how long and on what days, and he had a commitment to Marvel.” – Christopher McQuarrie. 

Ketiadaannya dalam filem keenam Mission: Impossible ini tidak bermakna pelakon tersebut tidak akan muncul dalam filem ketujuh. Francais Mission: Impossible pun dilihat tidak akan berhenti setakat ini dan jika filem ketujuh bakal dirancang, beliau berkemungkinan besar akan kembali membawakan wataknya nanti.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

“F**k This Guy” – Impresi Pertama Robert Downey Jr. Terhadap Chris Hemsworth

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd