Selepas berjaya menambat hati para pengkritik dan penonton, filem terbaru Tom Cruise, Mission: Impossible-Fallout kini sedang menghampiri kutipan yang begitu memberangsangkan pada minggu pertama tayangan.
Pada tayangan malam Khamis di Amerika Syarika (AS), filem ini berjaya meraih $6 juta dolar, mengatasi kutipan filem Mission: Impossible – Rogue Nation yang meraih $ 4 juta pada tayangan pembukaan.
Laman web BoxOfficeMojo menjangkakan, filem arahan Chris McQuarrie dapat meraih $60 juta sehingga $75 juta dolar sehingga penghujung minggu ini,, mengatasi rekod kutipan Mission: Impossible – Rogue Nation yang meraih $55.5 juta dolar pada minggu yang sama pada tahun 2015.
Untuk pasaran antarabangsa, Fallout dijangka akan meraih diantara $75 hingga 80 juta dolar sehingga hujung minggu ini di 36 pasaran antarabangsa, antaranya dari United Kingdom, India, Russia, Spain, Amerika Latin, dan beberapa negara lain. Jika prestasi baik minggu pembukaan filem Fallout berterusan, ia akan berjaya mengutip sekitar $135 juta dolar, mengatasi rekod francais yang dipegang filem Rogue Nation yang mengutip $131.5 juta dolar.
Mission: Impossible – Fallout menerima rating yang cukup baik di laman Rottentomatoes dengan jumlah rating sebanyak 97%, manakala di laman IMDb, ia menerima rating dari pengguna sebanyak 8.7/10.
Mission: Impossible – Fallout kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.