Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“F**k This Guy” – Impresi Pertama Robert Downey Jr. Terhadap Chris Hemsworth

Walaupun kebanyakan pelakon telah melakonkan watak mereka dalam filem sebelumnya, filem Avengers secara rasmi menghimpunkan ‘Earth’s Mightiest Heroes,’ – sekaligus memberi peluang kepada ramai pelakon untuk bekerjasama buat kali pertama. 

Avengers akan terus menyimpan banyak pengembaraan dan pengalaman manis dalam MCU, tetapi tahukah anda, mereka semua pada awalnya tidak begitu akrab semasa merakamkan filem berkenaan pada tahun 2011. 

Semasa lawatannya ke podcast The Armchair Expert bersama Dax Shephard, Jeremy Renner, yang melakonkan watak kegemaran peminat Hawkeye, mengimbau kembali kenangan ketika mereka pertama kali bekerjasama.

Ketika keenam-enam bintang utama filem itu sedang bersiap sedia untuk merakam adegan sambil memakai kostum lengkap, Robert Downey Jr. (Tony Stark) memberi impresi pertama yang cukup lucu selepas kali pertama melihat Chris Hemsworth (Thor)

“Ya, [Hemsworth] sangat hebat, tetapi kami tidak mengenalinya, bukan? Pada hari pertama, kami semua berlegar-legar dengan kostum kami,” jelas Renner.

Ia kelihatan seperti Halloween. Kami teruja, tetapi sama-sama berasa tidak masuk akal. Saya rasa kami semua mengenali antara satu sama lain, kecuali kami tidak mengenali lelaki Hemsworth ini, kerana dia berasal dari Australia.

Dan dia yang paling tinggi , dia yang paling tampan… Downey berkata, ‘Kita kena patahkan lututnya. Kita kena tewaskan dia. Lelaki ini terlalu tampan. Dia terlalu tinggi, dia terlalu menawan, persetankan lelaki ini.'”

Sudah tentu, Downey sebenarnya bergurau, tetapi ia petanda yang cukup bagus, menunjukkan dinamik awal antara mereka sebelum menjadi kumpulan yang rapat dan hebat. 

Malangnya, kita mungkin tidak dapat melihat lagi gandingan ahli asal Avengers kerana hanya tiga sahaja ahli pasukan yang masih aktif dalam MCU. Hemsworth akan kembali dalam Thor: Love and Thunder, dan mungkin, ramai peminat berharap Renner akan kembali sebagai Clint Barton untuk musim kedua Hawkeye. 

Sumber: comicbookmovie

Related posts

Penulis “Bruce Almighty” Dedah Sekuel Yang Tak Menjadi

Kakimuvee

James Gunn Ingatkan Peminat Agar Jangan Percaya Khabar Angin Mengenai Masa Depan DC

Kakimuvee

Sempena Hari Avatar, Disney Lancar Trailer Terakhir “Avatar: The Way Of Water”

Kakimuvee

Ikon Power Rangers Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Kakimuvee

Kos Pembikinan FAST X Hampir Menyamai Avengers: Endgame

Kakimuvee

Drama Terbaru Viu Original, Hilang, Ketengahkan Elemen Seram & Mendebarkan

Kakimuvee

Leave a Comment