Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Musim Ke-8 Siri Game of Thrones Akan Disiarkan Tahun Hadapan

HBO akan membuat tayangan debut musim terakhir siri popular Game of Thrones pada separuh pertama tahun 2019 seterusnya merancang memulakan produksi untuk sebuah prekuel.

Presiden Kandungan Program HBO, Casey Bloys, yang berucap dalam acara Television Critics Association, bagaimanapun menolak untuk memberikan butiran lanjut tentang musim kelapan dan terakhir Game of Thrones itu.

Tarikh khusus tayangan perdana juga belum didedahkan.

Siri fantasi zaman pertengahan yang pernah menggondol anugerah Emmy itu merupakan siri HBO paling popular dengan 30 juta penonton di Amerika Syarikat dan berjuta-juta lagi pengikut setia di seluruh dunia.

HBO juga sedang dalam proses mencari pengarah dan pelakon bagi musim prekuel, yang akan memulakan penggambaran pada tahun depan.

Rangkaian penyiaran itu mengumumkan pada Jun lalu bahawa pihaknya sudah memesan episod permulaan dan akan meneruskan penggambaran siri penuh jika semuanya lancar.

Prekuel yang masih belum mempunyai judul itu akan mengambil latar belakang susur masa ribuan tahun sebelum bermulanya Game of Thrones.

HBO juga sedang mempertimbangkan lima skrip berbeza sebelum membuat keputusan mengenai acuan prekuel tersebut.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Leave a Comment