Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan April 2017


Bulan Mac telah melabuhkan tirai, boleh dikatakan agak banyak filem-filem menarik telah ditayangkan pada bulan tersebut antaranya Logan, Kong: Skull Island, Ghost in The Shell, J Revolusi, Kanang Anak Langkau, Power Rangers dan lain-lain lagi. Tak kurang juga terdapat kontroversi melibatkan filem paling laku tahun ini iaitu Beauty & The Beast gara-gara kontroversi gay.

Bulan April juga menyajikan beberapa filem menarik untuk anda tonton, dan pastinya dua filem ini bakal mencuri tumpuan iaitu Fast & Furious 8 dan juga Guardians of the Galaxy Vol. 2. Ok, disini kami kongsikan beberapa filem menarik untuk ditonton oleh anda pada Bulan April.

Smufs: The Lost Village

Genre: Animasi

Pengarah: Kelly Asbury

Pelakon: Demi Lovato, Mandy Patinkin, Jack McBrayer, Danny Pudi, Joe Manganiello, Rainn Wilson


Edaran: Sony Pictures Releasing International

Tarikh Tayangan: 6 April 2017

Sinopsis

Filem animasi ini mengisahkan tentang Smurfette bersama-sama dengan adik-beradiknya yang merentasi kawasan Enchanted Forest untuk mencari perkampungan Smurfs sebelum musuh mereka, Gargamel the Evil Wizard, menjumpainya terlebih dahulu. Filem ini bakal menceritakan asal usul dan kehidupan makhluk berwarna biru ini yang tinggal di rumah berbentuk cendawan, termasuk sebab mengapa mereka mempunyai 99 lelaki dan hanya seorang perempuan.

Lurking Woods

Genre: Thriller Suspen

Pengarah: Rizal Halim

Pelakon: Troy Coward, Hope Devaney, Daniel Berenger, Chloe Brown

Edaran: Chameleon Films

Tarikh Tayangan: 6 April 2017

Sinopsis

Enam bekas pelajar universiti mengambil keputusan untuk kembali bertemu semula selepas setahun tidak berjumpa. Mereka merancang untuk meluangkan masa hujung minggu mereka di sebuah lokasi di barat Australia. Tanpa pengetahuan rakan lelaki, rakan perempuan telah merancang permainan `mencari` di mana mereka akan putuskan lelaki mana yang akan meluangkan masa dengan setiap daripada perempuan itu. Tetapi mereka diperhatikan oleh seorang lelaki bertopeng dan menyerang mereka seorang demi seorang.

Sindiket

Genre: Aksi

Pengarah: Bade Hj. Azmi

Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Daphne Iking, Liyana Jasmay, Sharifah Amani

Edaran: Empire Film Solution

Tarikh Tayangan: 6 April 2017

Sinopsis

Filem arahan pengarah Bade Hj, Azmi ini diadaptasikan dari kisah benar dimana ia memaparkan tentang sindiket pemerdagangan manusia dan mengisahkan tentang seorang wanita yang diperdaya oleh teman lelakinya. Dia telah dijual ke rumah pelacuran di mana dia diberi dadah dan dipaksa untuk menjual dirinya.

Demon House on Willow Street

Genre: Seram

Pengarah: Bade Hj. Azmi

Pelakon: Sharni Vinson, Carlyn Burchell, Steven Ward, Zino Ventura, Gustav Gerdiner

Edaran: Rainfilm Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 6 April 2017

Sinopsis

Sekumpulan penculik yang diketuai oleh seorang wanita bernama Hazel telah mensasarkan Katherine, seorang anak orang kaya, sebagai mangsa seterus mereka. Tetapi apabila mereka memecah masuk ke rumah itu, pintu tidak berkunci dan alat penggera sudah dimatikan.

Bagaimanapun, mereka tetap menangkap Katherine dan membawanya ke sebuah gudang menyeramkan. Mereka kemudian menyedari dia dirasuk oleh roh jahat dan roh tersebut mampu menjadikan mimpi ngeri mangsanya menjadi kenyataan.

Before i Fall

Genre: Drama

Pengarah: Ry Russo-Young

Pelakon: Zoey Deutch, Halston Sage, Logan Miller, Kian Lawley

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 6 April 2017

Sinopsis

12 Februari adalah hari biasa dalam hidup Samantha Kingston, sehinggalah ia bertukar menjadi hari terakhirnya. Dia kemudian kembali hidup pada hari tersebut selama seminggu, memberikannya peluang untuk merungkai misteri di sebalik kematiannya

The Fate Of The Furious

Genre: Aksi

Pengarah: F. Gary Gray

Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 13 April 2017

Sinopsis

Dominic Toretto dan Letty sedang bercuti, Brian dan Mia telah berhenti dan bersara dari menyertai Dom dan krew nya melakukan misi dan aksi. Segalanya kembali menjadi normal dengan krew Dom menjalani kehidupan masing-masing. Tetapi seorang wanita misteri telah muncul dan berjaya menyebabkan Dom mengkhinati “keluarganya” dengan melakukan jenayah antarabangsa bersama-sama wanita tersebut. Krew Dom akan menghadapai situasi yang mereka tidak pernah hadapi dan berusaha membawa kembali Dom ke dirinya sebenar.

Hospital

Genre: Seram

Pengarah: Mohd Azaromi Ghozali

Pelakon: Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz

Edaran: Metrowealth

Tarikh Tayangan: 13 April 2017

Sinopsis

Gadis kampung bernama Amira telah berhijrah ke bandar untuk mencari kerja. Dia kemudian memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital. Ketika dia bekerja, dia mula dihantui oleh bisikan daripada seorang wanita misteri. Dia mula mencari jawapan dan menemui yang seorang wanita memerlukan bantuannya.

Selfie From Hell

Genre: Seram

Pengarah: Erdal Ceylan

Pelakon: Alyson Walker, Tony Giroux, Meelah Adams

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 13 April 2017

Sinopsis

Filem yang dihasilkan dari filem pendek bertajuk Selfie From Hell yang diarahkan oleh Erdal Ceylan yang diterbitkan pada tahun 2015, ia mengisahkan tentang seorang wanita yang sedang mengambil swafoto untuk teman lelakinya. Namun dia kemudian menyedari objek gelap di belakangnya dalam setiap gambar yang diambilnya.

Get Out

Genre: Seram / Misteri

Pengarah: Jordan Peele

Pelakon: Daniel Kaluuya, Allison Williams, Bradley Whitford, Caleb Landry Jones

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 20 April 2017

Sinopsis

Seorang lelaki Afrika-Amerika bernama Chris melawat keluarga kekasihnya yang berkulit putih bernama Rose untuk bertemu dengan ibu bapa kekasihnya. Pada mulanya dia melihat keluarga Rose seperti gementar untuk berdepan dengan hubungan anak mereka yang bercinta dengan bangsa lain, tetapi Chris kemudian mendapat tahu yang kebanyakan penduduk di situ yang berbangsa Afrika-Amerika telah hilang.

Apabila dia bertemu rakan Afrika-Amerika di situ, dia telah diberi amaran untuk meninggalkan tempat itu, dan selepas penemuan beberapa perkara yang mengerikan, Chris mendapat tahu kebenaran yang tidak pernah disangkanya.

Poignant

Genre: Horror

Pengarah: Jaspreet Kaur

Pelakon: Laura Mitchell, Steve Baran, Eric Schweig

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 20 April 2017

Sinopsis

Penyelidik medik Amy mempunyai cita-cita untuk membuka pusat kesihatannya sendiri di Vancouver. Apabila dia menemui hartanah untuk dijual, dia melawat tempat tersebut dan sejak itu dia mula mengalami beberapa fenomena luar biasa termasuk visi setiap malam mengenai babak rogol dan pembunuhan. Dia kemudian memahami visi tersebut adalah visi seorang gadis yang dirogol dan dibunuh dengan kejam.

Amy kemudian ambil keputusan untuk mula menyiasat mengenai gadis tersebut bagi menuntut keadilan di atas kematian gadis tersebut. Dia menjejaki butiran jenayah yang berlaku dengan bantuan seorang detektif, dengan harapan dapat mencari dalang sekaligus membawa jawapan kepada keluarga dan rakan mangsa.

Gifted

Genre: Drama

Pengarah: Marc Webb

Pelakon: Chris Evans, Jenny Slate, Mckenna Grace

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 27 April 2017

Sinopsis

Seorang lelaki dalam perebutan di mahkamah menentang ibunya untuk mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya yang kematian ibu bapa. Anak saudaranya yang bijak dalam matematik ini bagaimanapun mahu tinggal bersama lelaki itu.

Guardians of the Galaxy Vol. 2

Genre: Superhero / Aksi / Sains Fiksyen

Pengarah: James Gunn

Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 27 April 2017

Sinopsis

Geng Guardians of the Galaxy kembali dan mengembara di angkasa lepas. Mereka berusaha untuk mengekalkan keharmonian kumpulan mereka disamping membantu Peter Quill mengenali dan mencari keluarganya yang sebenar.

Baahubali 2: The Conclusion

Genre: Aksi / Pengembaraan / Drama

Pengarah: S.S. Rajamouli

Pelakon: Prabhas, Anushka Shetty, Rana Daggubati, Tamannaah Bhatia

Edaran: Antenna Entertainments

Tarikh Tayangan: 28 April 2017

Sinopsis

Filem epik arahan S.S. Rajamouli ini adalah sekuel kepada filem “Baahubali” pada tahun 2015. Apabila Shiva, anak kepada Baahubali, mengetahui mengenai warisannya, dia mula mencari jawapan. Ia juga memaparkan sisi dengan kejadian lalu yang berlaku dalam Negara Mahishmati.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee