Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tajuk Rasmi Wreck-It Ralph 2, Ralph Breaks the Internet

Filem animasi Wreck-It Ralph yang pernah popular pada tahun 2012 bakal mengeluarkan sekuel terbaru pada tahun 2018 dengan tajuk rasmi Wreck-It Ralph: Ralph Break The Internet. Filem animasi ini berlatarbelakangkan permainan arked era 80an-90an.

Filem pertama Wreck-It Ralph yang pertama telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $471.2 juta untuk Studio Disney dan dijangka filem sekuel ini dapat mengatasi filem pertama berdasarkan populariti yang filem sebelum ini.


Selain Ralph, beberapa karakter dari filem pertama dikatakan akan terus berada dalam filem sekuel ini antaranya Vanellope (Sarah Silverman), Sgt. Calhoun (Jane Lynch) karakter dari permainan arked aksi dan juga Felix (Jack McBrayer). Selain itu juga, dikatakan King Candy (Alan Tudyk) juga akan kembali dalam filem terbaru ini nanti bersama-sama pendatang baru, pelakon Jodi Benson dan James Corden yang masih lagi tidak diketahui peranan mereka.

Penolong pengarah filem ini Rich Moore telah mendedahkan sedikit details mengenai filem Ralph Break The Internet: –

“To take these characters we love and have them enter the enormous world of the internet has given us so much to explore. Our production team has been hard at work designing a world that takes something we all think we know – the Internet – but shows it in a whole new, imaginative way.”

kepada yang pernah menonton filem pertama pasti tidak sabar menunggu sekuel filem ini bukan? Apapun kita bersabar dahulu kerana Wreck-It Ralph: Ralph Break The Internet akan ditayangkan pada 9 Mac 2018 nanti.

 

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment