Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Ghost In The Shell Review

Genre : Aksi / Sains Fiksyen / Drama / Jenayah

Pengarah : Rupert Sanders

Pelakon : Scarlett Johansson, Takeshi Kitano, Michael Pitt, Pilou Asbæk, Chin Han dan Juliette Binoche

Tarikh Tayangan : 30 Mac 2017

Rating : PG-13

Spoiler Alert !

Major Mira Killian merupakan cyborg yang pertama di dunia yang mempunyai jiwa. Major mampu membuat keputusan sendiri, melanggar arahan dan berlainan dengan robot biasa yang tidak mempunyai perasaan, Major seringkali merasa kekosongan dalam dirinya. Bayangan yang entah dari mana selalu mengganggu Major menyebabkan dia selalu tertanya siapa dirinya yang sebenar. Diakui oleh penciptanya Dr Oulett, Major asalnya seorang manusia. Ya! Seorang gadis yang kehilangan segala-galanya dalam satu kemalangan besar. Akibat kecederaan teruk pada badannya, Major diberi kehidupan baru dalam badan baru dan identiti baru.

Krisis bermula apabila pegawai dan penyelidik dari Hanka Robotics, antara organisasi besar yang juga terlibat dalam penciptaan Major, mula diburu dan dibunuh oleh pengganas yang bernama Kuze. Major merupakan agen yang bertugas dalam Seksyen 9 yang merupakan agensi keselamatan awam ditugaskan menyiasat dan menyelesaikan kes-kes ini. Penyiasatan Major membawanya bertemu Kuze yang menceritakan bahawa Hanka Robotic bukan menyelamatkan mereka sebaliknya merampas kehidupan mereka. Major merasa was-was dan mula menyelidik asal usul dirinya yang membawa kepada konflik antara Major dengan syarikat Hanka Robotics, Seksyen 9 dan Kuze.

Mendapat klu dari Dr. Oulett,  Major akhirnya mendapat tahu bahawa Hanka Robotics menangkap manusia untuk dijadikan sebagai tikus makmal.  Motoko Kusanagi adalah asal usul Major merupakan gagis Jepun yang ditangkap dan dijadikan bahan ujikaji no 99 kerana kegagalan 98 subjek ujikaji sebelumnya. Asal usul Kuze turut diketahui kerana dia juga salah satu daripada ujikaji yang gagal. Dengan sokongan pasukan Seksyen 9 akhirnya Hanka Robotics ditewaskan.

Boleh dikatakan peminat-peminat manga atau anime di seluruh dunia agak skeptikal apabila produksi dari barat mengambil langkah membuat filem adaptasi manga dan anime. Kegagalan adaptasi seperti filem Dragonball Evolution, Speed Racer dan Street Fighter membuatkan peminat berasa bimbang apakah nasib yang sama akan terjadi kepada filem Ghost In the Shell ini. Kontroversi ‘whitewashing’ dengan pemilihan Scarlett Johansson sebagai teraju utama juga menjadi sebab filem ini dilabelkan akan gagal walaupun Mamoru Oshii – pengarah asal (filem anime) – mengatakan Major Mira Killian tiada bangsa kerana ianya cyborg maka tiada isu ‘whitewashing’.

Namun setelah melihat hasil akhir filem ini di pawagam kami berani mengatakan ini adalah antara filem adaptasi anime terbaik dibikin Hollywood berbanding dengan adaptasi lain yang pernah ditayangkan di negara kita. Kemungkinan fan-based besar yang dimiliki francais Ghost In The Shell ini berjaya mengekang produksi Hollywood dari membuat plot dan jalan cerita yang syok sendiri. Tetapi jalan cerita filem ini agak pantas dan sukar bagi kami untuk merasai emosi Major Mira Killian yang begitu ingin tahu akan masa silammya sebelum dia diubah menjadi cyborg yang mempunyai jiwa. Konflik dalaman dalam diri Major agak ringan seperti Major sudah terima takdir dirinya sebagai robot berperasaan. Bahagian aksi dan lawan sebenarnya agak biasa dan tidak mencapai jangkaan kami. Filem ini juga ada mengambil idea dari filem anime asal Ghost In The Shell (1995) dengan beberapa babak yang serupa dengan anime.

Intipati asal manga dan anime Ghost In The Shell menunjukkan bahawa manusia sudah kehilangan moral dan kepercayaan terhadap manusia itu sendiri. Kemajuan menyebabkan manusia lupa adanya tuhan dan mula melakukan perkara-perkara yang luar fiil alam seperti menukarkan anggota badan dengan mesin supaya dapat jadi lebih kuat dan lain-lain. Namun dalam filem ini, situasi itu tidak dapat diterap dengan baik. Ini menjadikan filem Ghost In The Shell ini tiada beza dengan filem sains fiksyen yang lain.

Rating: 7/10

Related posts

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee