Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Yoo Seung Ho Bakal Bintangi Drama Misteri Terbaru Terbitan tvN


tvN mengesahkah aktor Yoo Seung Ho kini dalam rundingan untuk membawakan watak utama dalam drama terbaru adaptasi webtoon popuar berjudul Memorist. 

“Yoo Seung Ho is currently in talks to star in tvN’s new drama ‘Memorist,’ with a favorable outlook.”

Menurut jurucakap tvN, drama bertemakan misteri itu dijangka akan ke udara pada tahun hadapan. Jadual siaran setakat ini masih belum diputuskan.

Bertemakan misteri thriller, Memorist akan berkisarkan tentang Dong Baek, seorang detektif berkuasa psikik yang kehilangan memori ketika terlibat dalam satu kes misteri satu pembunuhan bersiri.

Drama terbaru ini akan diarahkan secara bersama oleh So Jae Hyun, penerbit drama hit 100 Days My Prince dan Forest of Secrets, dan Kim Hwee, pengarah filem The Neighbor dan The Tooth and the Nail. 



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee