Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paul Dano Dipilih Untuk Bawakan Watak The Riddler Dalam Filem The Batman


Bekas pelakon filemĀ 12 Years of Slave,Ā Paul Dano telah dipilih untuk memainkan peranan ‘villain’ The Riddler dalam filemĀ The BatmanĀ arahan Matt Reeves. Dalam filem itu nanti, karakter lakonan Dano akan bernama Edward Nashton, bukannya Edward Nygma seperti dalam komik.

Dano akan menyertai Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Kyle / Catwoman dan Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon. Jonah Hill tidak menyertai barisan pelakon selepas rundingan antara pelakon tersebut dengan Warner Bros. gagal.

Warner Bros. telah membangunkan filemĀ The BatmanĀ sejak 2015 selepas Ben Affleck menyertai DCEU. Namun atas sebab-sebab tertentu, Affleck meninggalkan projek tersebut dan tugas diambil alih oleh Matt Reeves.

Reeves mengubah keseluruhan skrip dan mengfokuskan watak Batman di peringkat awal iaitu sebagai detektif paling hebat di dunia. Pembikin filem itu juga mendedahkan filemnya itu akan menampilkan banyak watak-watak penjahat dalam satu filem.

The BatmanĀ dijangka memulakan produksinya tidak lama lagi dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee