Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Yeoh Ji Na Berundur Dari Menjadi Penulis “The Uncanny Counter”


Penulis asal drama popular OCN The Uncanny Counter secara tiba-tiba mengumumkan pengundurannya dari menulis rancangan bersiri itu.

Pada 17 Januari, SPOTV News (via Allkpop) melaporkan bahawa penulis skrip Yeoh Ji Na secara rasmi mengundurkan diri dari drama itu. Punca pengundurannya disebabkan perselisihan diantara dia dan pasukan produksi mengenai halatuju episod seterusnya.  

Menurut sumber dalaman, tiada perselisihan yang serius diantara mereka, dan pengunduran Yeoh Ji Na dibuat atas persetujuan bersama. 

Episod 16 Januari yang lalu telah ditulis oleh Yoo Seon Dong, yang juga merupakan pengarah The Uncanny Counter. Pasukan produksi kini sedang mencari penulis baru untuk menyelesaikan baki episod.

Baru-baru ini, The Uncanny Counter menjadi drama OCN pertama yang berjaya melepasi rating 10 peratus. Sementara itu, drama ini merupakan karya pertama Yeoh Ji Na dalam tempoh 11 tahun sejak The Man Who Can’t Married.


The Uncanny Counter berdasarkan dari webtoon berjudul sama dan menceritakan tentang pemburu syaitan bernama “Counters” yang datang ke Bumi dan menyamar sebagai pekerja restoran mee dalam usaha untuk menangkap syaitan. Masing-masing mempunyai kebolehan khas mereka sendiri. Anda boleh tonton drama terbaru ini di Netflix. 


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee