Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Buku Komik Batman #1 Dijual Dengan Harga $2.2 Juta!


Batman #1 CGC 9.4, 1940 dari DC Comics.

Buku komik Batman #1, gred CGC 9.4, telah dijual dengan harga lebih dari $2.2 juta dolar, sekaligus mencipta rekod komik Batman termahal yang pernah dijual.

Komik yang diterbitkan pada tahun 1940 itu dijual semasa acara ‘Comics & Comic Art Signature Auction‘ yang berlangsung pada 14 hingga 17 Januari. Harga akhir untuk komik Batman #1 adalah $ 2,220,000, termasuk bayaran premium pembeli.

Komik yang dijual ini berada di tangan seorang pengumpul, Billy T. Gates, selama lebih dari 40 tahun. Gates membelinya pada tahun 1979 dari sebuah kedai komik di Houston, Texas dengan harga $3.000, jumlah yang agak besar untuk komik pada masa itu ketika pengumpulan secara serius masih dalam peringkat baru. ($3,000 bersamaan dengan $11,000 jika disesuaikan dengan inflasi.) Gates meninggal pada tahun 2019, dan mewariskan koleksinya kepada anaknya.

Edisi pertama Batman merupakan salah satu siri paling penting dan paling lama berjalan dalam sejarah komik Amerika merangkumi penampilan pertama Joker dan Catwoman. Kisah Batman dalam isu ini ditulis oleh Bill Finger dan dilukis oleh Bob Kane, dengan bantuan seni dari Jerry Robinson dan Sheldon Moldoff.

Sebagai perbandingan, Action Comics #1gred CGC 9.0, dijual pada harga $3,207,852 pada tahun 2014 – rekod jualan tertinggi untuk buku komik. Jualan Batman #1, gred CGC 9.4 ini mengatasi satu lagi salinan Action Comic #1, gred CGC 8.5, yang dijual pada harga $2,052,000.00 pada 2018. 


Sebelum ini, harga tertinggi yang pernah dibayar untuk buku komik Batman adalah pada November 2020 di mana Detective Comics #27, gred CGC 7.0, telah dijual dengan harga $1,500,000. Detective Comics #27 adalah penampilan pertama Batman dalam buku komik.

Sumber: Bleedingcool

Batman #1 CGC 9.4, 1940 dari DC Comics.

Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee