Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Wonder Woman 3 Dibatalkan


Filem sekuel Wonder Woman 3 arahan Patty Jenkins dilaporkan telah dibatalkan oleh DC dan Warner Bros. berikutan kepimpinan baharu yang mengambil-alih pengurusan studio DC Studios. 

Menurut laporan, ketua DC Studios, James Gunn dan Peter Safran serta pengerusi bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bersama Michael De Luca dan Pamela Abdy memberitahu Jenkins bahawa sekuel lakonan Gal Gadot telah “dianggap mati,” kerana ia tidak seiring dengan perancangan baharu studio itu. 

THR juga menambah, kos untuk membuat filem itu bukan penyebab utama di sebalik pembatalan filem tersebut, namun pihak studio mungkin dapat menjimatkan “berpuluh-puluh juta dolar” kerana aktres utama dilaporkan menerima bayaran sebanyak AS$20 juta untuk peranannya sebagai Wonder Woman, dan Jenkins menerima AS$12 juta atas hasil kerjanya sebagai pengarah. 

Berita itu diumumkan pada masa yang sama Gal Gadot memuatnaik perkongsian di Twitter yang mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka terhadap peranannya dan filem itu, dengan tweetnya berbunyi, “Tidak sabar untuk berkongsi bab seterusnya dengan anda.”


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee