Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Wajah Kegilaan Kembali Dalam Trailer Berdarah “Texas Chainsaw Massacre”


Netflix akhirnya telah melancarkan trailer pertama filem sekuel Texas Chainsaw Massacre, memaparkan kekejaman yang mengerikan dari orang gila yang gemar menggunakan mesin berkuasa dan cenderung untuk menggunakan topeng dari wajah mangsanya. 

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.

Filem terbaru ini adalah sekuel kepada filem asal Texas Chainsaw Massacre arahan Tobe Hooper, dengan pelakon Olwen Fouéré (Mandy) mengambil alih peranan ikonik Sally Hardesty daripada mendiang Marilyn Burns.

“Selepas hampir 50 tahun bersembunyi, Leatherface kembali mengganas apabila sekumpulan anak muda yang idealistik secara tidak sengaja mengganggu dunianya yang terlindung, di sebuah bandar terpencil di Texas,” menurut sinopsis rasmi filem tersebut.

“Melody (Sarah Yarkin), adik perempuannya Lila (Elsie Fisher), dan rakan mereka Dante (Jacob Latimore) dan Ruth (Nell Hudson), menuju ke bandar terpencil Harlow, Texas untuk memulakan usaha perniagaan baharu yang idealistik.


Tetapi impian mereka tidak lama kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka secara tidak sengaja mengganggu rumah Leatherface, pembunuh bersiri gila yang warisan berlumuran darahnya terus menghantui penduduk kawasan itu — termasuk Sally Hardesty (Olwen Fouéré), satu-satunya mangsa yang terselamat dari pembunuhan beramai-ramainya yang terkenal pada 1973, yang berniat untuk membalas dendam.”

Filem terbaru ini diarahkan oleh David Blue Garcia (Tejano) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Chris Thomas Devlin. Fede Alvarez menjadi penerbit bersama Rodolfo Sayagues, Kim Henkel (penulis bersama filem asal tahun 1974), Ia Henkel dan Patt Casidy. 

Mark Burnham (Lowlife) memainkan peranan ikonik Old Man Leatherface dalam filem Netflix Texas Chainsaw Massacre. Filem ini akan tersedia untuk distrim pada 18 Februari 2022, hanya di Netflix.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee