Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Ayumu Murase Akan Bawa Suara Amato Dalam Animasi “Mechamato”


Animasi Mechamato melangkah setapak kehadapan apabila berjaya mendapatkan pelakon suara Jepun bagi membawakan suara watak-watak utama dalam siri tersebut. 

Menurut perkongsian penerbit Nizam Abd Razak di laman Facebook peribadinya, Ayumu Murase, pelakon suara Hinata dalam Haikyuu dan Venti dalam Genshin Impact, akan membawa suara untuk watak Amato dalam bahasa Jepun, manakala Yoshitsugu Matsuoka, pelakon suara Inosuke dalam Demon Slayer dan Xiao dalam Genshin Impact, akan membawa watak MechaBot.  

Untuk watak-watak lain, Emiri Kato akan membawa watak Mara, Satomi Otani sebagai Deep dan Ryoko Shiraishi sebagai Pian. 

 

Mechamato mengikuti kisah seorang kanak-kanak lelaki bernama Amato yang bertukar menjadi ‘master’ atau pengawal robot pemusnah Mechabot yang berkemampuan memekanikkan objek-objek. Bersama, mereka mengesan robot-robot lain yang berjaya melarikan diri dari penjara kapal angkasa yang terhempas di planet Bumi.

Siri animasi 26-episod ini telah ditayangkan secara eksklusif di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD) pada 4 Disember yang lalu, dan disiarkan di lebih 20 negara termasuk Australia, New Zealand, dan Korea Selatan.


Alih suara Jepun bagi siri animasi Mechamato akan disiarkan mulai 27 Mac di Cartoon Network Japan. 


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee