Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

VENOM 3: Penggambaran Akan Bermula Tidak Lama Lagi, Tarikh Tayangan Mungkin Sudah Ditetapkan


Penulis dua filem pertama Venom, Kelly Marcel akan mengambil-alih kerusi pengarahan dengan mengarahkan threequel Venom, sekaligus meletakkan filem ini ditangan wanita yang telah membentuk siri ini sejak dari mula. 

Buat masa ini tidak banyak perkembangan penting yang diketahui, tetapi beberapa kemaskini mungkin memberi bayangan tentang bilakah filem ketiga Venom itu akan ditayangkan. 

Ketika ditemubual Variety, bintang Ted Lasso, Juno Temple sempat ditanya wartawan tentang peranannya dalam filem akan datang. Bagaimanapun, dia tidak boleh berkongsi maklumat spesifik, tetapi mendedahkan bahawa jadual penggambaran ‘akan bermula tidak lama lagi, dan dia teruja untuk terlibat dalam filem tersebut.’

Satu lagi berita yang cukup menarik, tetapi masih belum dapat disahkan adalah mengenai tarikh tayangan Venom 3.

Menurut sumber, Sony Pictures dikhabarkan telah menetapkan jadual tayangan pada Oktober 2024. Pihak studio masih belum memberi apa-apa komen, tetapi ini dijangka tarikh tayangan akan hanya diberitahu selepas penggambaran bermula.


Jika Venom 3 mensasarkan tarikh tayangan pada tahun hadapan, ini bermakna peminat akan melihat tiga filem Marvel Sony, termasuklah Madame Web dan Spider-Man: Beyond the Spider-Verse.

Butiran plot masih belum diketahui, tetapi melihat bagaimana Venom: Let There Be Carnage berakhir, ia telah menetapkan kewujudan Toxin yang akan memburu Eddie Brock. Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada Stephen Graham akan kembali mengulangi peranannya sebagai Detektif Patrick Mulligan atau pun tidak.

Tom Hardy dijangka kembali sebagai Eddie dalam Venom 3.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee