
Dua filem pertama Tron (Tron, Tron: Legacy) mungkin tidak sukses di box office dan gagal menerima kritikan positif, tetapi tidak dinafikan ia berjaya membentuk pengikutnya sendiri.Ā
Peminat telah lama berharap agar francais TronĀ dapat diteruskan, dan tahun lalu, harapan peminat nampaknya telah ditunaikan apabila filem ketiga bertajuk Tron: AresĀ dilaporkan sedang dalam pembangunan.Ā
Filem tersebut dilaporkan sedang dibangunkan sebagai sekuel kepada Legacy, sambil turut berfungsi sebagai ‘soft reboot’ francais. Joachim RĆønning
(Maleficent: Mistress of Evil) diberi tanggungjawab sebagai pengarah, dengan Jared Leto (Morbius, Blade Runner 2049) akan memainkan peranan utama (dipercayai bernama Ares).
Kini, barisan pelakon nampaknya telah bertambah dengan perkhabaran dua pelakon terkenal yang akan membintangi filem itu.Ā
Menurut ‘scooper’ Daniel Richtman (viaĀ Patreaon), pelakon Jodie Turner-Smith (The Acolyte) dilaporkan akan memainkan peranan utama wanita bernama Athena, manakala laman Giant Freakin Robot mendedahkan nama Evan Peters (X-Men, American Horror Story), yang turut dikhabarkan akan membawa watak penting dalam filem tersebut.Ā
Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa bintang Legacy seperti Jeff Bridges, Bruce Boxleitner, Garrett Hedlund, Cillian Murphy dan Olivia Wilde mungkin akan kembali untuk memainkan semula peranan masing-masing.Ā
Filem pertamaĀ TronĀ telah ditayangkan pada 1982, dan mendapat kutipan box office sebanyak AS$50 juta. Sekuelnya,Ā Tron: Legacy, tiba hampir tiga dekad kemudian iaitu pada 2010 dan mendapat kutipan box office sebanyak AS$400 juta.
TronĀ mengisahkan seorang pengaturcara komputer dan pembangun permainan video yang diangkut masuk ke dunia perisian komputer di mana dia berinteraksi dengan program dalam usahanya untuk melarikan diri.
Buat masa ini, tarikh tayangan Tron: AresĀ masih belum diputuskan. Penggambaran dijangka bermula pada hujung tahun ini di Toronto.