Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Cruise Mahu Mengubah Tarikh Tayangan Barbie atau Oppenheimer


Tom Cruise dilaporkan cuba mengubah tarikh tayangan Barbie atau Oppenheimer. 

Seperti yang diketahui komuniti peminat filem, dua filem yang dinantikan akan ditayangkan serentak pada bulan Julai ini. Filem biopik arahan Christopher Nolan, Oppenheimer dan filem fantasi komedi arahan Greta Gerwig, Barbie, akan ditayangkan pada 21 Julai 2023. 

Namun, bintang Mission: Impossible, Tom Cruise nampak mempunyai masalah dengan kedua-dua tarikh tersebut. 

Filem terbaru Cruise, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One, akan ditayangkan pada 12 Julai 2023, iaitu seminggu sebelum tayangan Barbie dan Oppenheimer. 

Namun menurut laporan Puck News, Cruise telah mengadu kepada eksekutif Paramount tentang bagaimana filem Oppenheimer akan menguasai semua pawagam IMAX di Amerika Utara dan wilayah lain selama tiga minggu selepas ia ditayangkan. 


Ini bermakna, filem Mission: Imposibble hanya mempunyai sembilan hari di pawagam IMAX sebelum pawagam itu dikuasai filem epik sejarah Christopher Nolan. 

Dengan kos pembikinan filem ketujuh Mission: Impossible itu menjangkau hampir AS$300 juta, dan telah tertunda beberapa kali disebabkan pandemik, tidak hairanlah jika Tom Cruise mengambil berat terhadap prestasi box office filem terbarunya itu. 

Tambahan pula, dengan pelancaran Oppenheimer seminggu selepas Mission: Impossible 7, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada kutipan filem tersebut, terutamanya dari pawagam IMAX.

Tahun lalu, satu lagi filem aksi Tom Cruise, Top Gun: Maverick telah mengutip AS110 juta di pawagam IMAX sahaja dari jumlah kutipan keseluruhan yang mencecah AS$1.49 billion. Kutipan tersebut sudah cukup membuktikan bahawa peminat mahu melihat aksi-aksi lagak ngeri Tom Cruise di skrin yang jauh lebih besar dari pawagam biasa.

Apapun usaha Cruise yang mahu mengubah tarikh kedua-dua tayangan filem tersebut, nampaknya kita akan menjangkakan Universal Pictures mungkin mengekalkan tarikh tayangan Oppenheimer. 


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee

Barbie Melepasi AS$1 Billion, Meg 2: The Trench Kutip AS$30 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Barbie (2023)

Kakimuvee

Barbie & Oppenheimer Terus Dominasi Box Office Global

Kakimuvee

Review Filem: Oppenheimer (2023)

Kakimuvee