Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“The Penthouse” Sah Akan Kembali Dengan Dua Musim Terbaru


The Penthouse disahkan kembali dengan musim terbaru!

Laman IIgan Sports (via Soompi) sebelum ini telah melaporkan bahawa drama hit The Penthouse telahpun selesai menjalani penggambaran musim pertama. Drama tersebut sepatutnya memiliki 20 episod, tetapi dilanjutkan hingga 21 episod.

Menurut sumber, ” Musim kedua pada asalnya dirancang untuk 20 episod, namun dibahagikan kepada dua musim, dengan setiap musim akan memiliki 12 episod. Tidak seperti musim pertama, musim kedua dan ketiga akan keudara pada hari Jumaat dan Sabtu.”

Pada 28 Disember, sumber dari produksi drama mengesahkan laporan media, dan mengeluarkan kenyataan, “Memang benar saat ini kami sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua. Kami merancang untuk menukar siaran pada Jumaat dan Sabtu, tetapi tarikh tayangan perdana masih dalam perbincangan.”

Dibintangi Lee Ji Ah, Eugene, & Kim So Yeon, The Penthouse adalah kisah wanita yang berusaha untuk mencapai matlamat mereka memasuki masyarakat tinggi dengan menjadi “ratu” di penthouse tingkat 100 di Gangnam, yang merupakan puncak kejayaan di matanya. Drama ini juga akan menyentuh tentang wanita yang tidak mempunyai pilihan selain menjadi penjahat untuk melindungi diri sendiri.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee