Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Promo Art “ETERNALS” Bocor Di Internet, Papar Karakter Ikaris & Sersi

Lagi ‘promo art’ Eternals bocor di Internet, kali ini  peminat dapat melihat dengan lebih jelas lakaran karakter Ikaris lakonan Richard Madden dan Sersi lakonan Gemma Chan. Anda boleh saksikannya dibawah.

Setakat ini butiran plot Eternals masih belum diketahui, tetapi berdasarkan dari sinopsis pada barang mainan, berkemungkinan besar ia akan memaparkan pertembungan diantara dua bangsa abadi iaitu Eternals dan Deviants. 

Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Diarahkan oleh Chloe Zhao berdasarkan dari skrip yang ditulis Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem Eternals dijangka tayangan pada 5 November 2021.

Related posts

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Matt Damon Dilaporkan Sertai “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Zack Snyder Sahkan “Justice League” Akan Menjadi Filem, Bukan Minisiri

Isqandar

Leave a Comment