Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Teaser “Dune” Pamer Karakter Utama


Menjelang trailer penuh yang akan dilancarkan sikit masa lagi, Legendary Pictures telah mengeluarkan teaser terbaru Dune yang menawarkan pandangan terbaru karakter dalam filem adaptasi terbaru arahan Denis Villeneuve. Anda boleh saksikan trailer dibawah. 

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert’s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia. Walaupun tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anak merangkap waris terakhirnya Paul, kekasih Bene Gesseritnya Lady Jessica dan para penasihat paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah kepada bahaya cacing tanah gergasi di kawasan itu. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Filem ini dibarisi pelakon bintang seperti Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgård, Dave Bautista, Stephen McKinley Henderson, Zendaya, David Dastmalchian, Chang Chen, Sharon Duncan-Brewster, Charlotte Rampling, Jason Momoa dan Javier Bardem

Dune akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 17 Disember ini.

https://www.instagram.com/p/CE4Z-Wlh32s/?igshid=138l5cb3gd5fl



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee