Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Tarikh Tayangan “Bird Box Barcelona” Didedahkan Dalam Video Pengumuman Oleh Netflix


Selepas dua tahun sejak projek filem diumumkan, Netflix akhirnya telah mendedahkan teaser pertama untuk filem Bird Box Barcelona, spin-off thriller seram berjudul sama berbahasa Sepanyol yang akan datang. 

Video teaser itu membawa penonton keluar dari benua Amerika, menyoroti kekacauan yang berlaku di sekitar Eropah ketika entiti yang tidak kelihatan mula mengambilalih pandangan orang ramai, dan menyebabkan mangsa membunuh diri tanpa sedar. 

Bird Box Barcelona akan tersedia untuk penstriman pada 14 Julai 2023. Anda boleh tonton teaser filem akan datang dibawah:

“Selepas kuasa misteri memusnahkan penduduk dunia, Sebastian mesti mengemudi perjalanan kelangsungan hidupnya sendiri melalui jalan-jalan terpencil di Barcelona,” menurut sinopsis.

“Ketika dia membentuk pakatan yang tidak selesa dengan mangsa lain yang terselamat dan mereka cuba melarikan diri dari bandar itu, ancaman yang tidak dijangka dan lebih jahat mula berkembang.”


Bird Box Barcelona ditulis dan diarahkan oleh Álex Pastor dan David Pastor. Filem tersebut dibintang pelakon seperti Mario Casas, Georgina Campbell, Alejandra Howard, Naila Schuberth, Diego Calva, Patrick Criado, Lola Dueñas, Gonzalo De Castro, Michelle Jenner dan Leonardo Sbaraglia.

Filem asal, yang diterbitkan pada 2018, diarahkan oleh Susanne Bier dari lakonlayar yang ditulis oleh Eric Heisserer, berdasarkan novel karya Josh Malerman tahun 2014 dengan judul yang sama. Ia dibintangi Sandra Bullock, Trevante Rhodes, Sarah Paulson, John Malkovich, Rosa Salazar, dan ramai lagi.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee