Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Superman: Henry Cavill Tandatangani Perjanjian Baru Bersama Warner Bros.?


Nampaknya watak Superman akan terus kekal bersama Henry Cavill?

Menurut khabar angin yang disebarkan oleh The Cultured Nerd, bintang The Witcher, Henry Cavill telah menandatangani perjanjian baru bersama Warner Bros. untuk terus memainkan peranannya sebagai Superman dalam tiga projek Man of Steel akan datang, dengan pilihan untuk muncul sebagai cameo dalam beberapa filem DC Extended Universe. 

Jika khabar angin itu benar, ia akan menjadi berita yang besar buat peminat memandangkan ramai yang mahu Cavill kekal sebagai Superman. 

Cavill tidak menyembunyikan fakta bahawa dia sememangnya ingin kembali sebagai Superman, dan jika dia ditawarkan tiga filem terbaru, tidak mustahil dia akan memainkan peranan utama dalam filem DC seperti Black Adam 2. 

Apapun, kita nantikan pengumuman dari Warner Bros. atau Henry Cavill sendiri.


Sementara itu, mari kita lihat karya peminat dari artis BossLogic yang memaparkan Cavill sebagai Man of Steel. Gambar ini dimuatnaik oleh BossLogic sebaik sahaja khabar angin mengenai Superman tersebar di media sosial. 

https://www.instagram.com/p/CFSJJpFDJ8J/?igshid=15jzafseq1ceq


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee