Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!


Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings akan dirilis pada bulan Julai ini, tetapi segalanya bergantung pada situasi pandemik COVID-19 dalam beberapa bulan mendatang. 

Penggambaran filem terbaru Marvel Studios itu dipercayai telahpun selesai, dan bintang utama Simu Liu tidak segan-silu untuk mengusik peminat mengenai jangkaan mereka terhadap filem Shang-Chi.

Ketika ditemubual wartawan Toronto Life baru-baru ini, dia diminta untuk memberi pendapat mengenai pertarungan di antara Shang-Chi, Iron Man, Hulk dan Black Widow, dan pelakon itu dengan yakin menjawab, Master of the Martial Arts pasti akan menang. 

Saya menang! Shang-Chi. Saya boleh memperdebatkan ini sebagai peminat selama berjam-jam. Saya harus berfikir bahawa saya dapat menewaskan mereka,” katanya. “Shang-Chi pasti dapat memberi tumbukan. Mengenai kemahiran dan kekuatannya yang lain, kamu harus tunggu dan lihat.”

Jadi kepada peminat Marvel, apa jangkaan anda terhadap filem pertama superhero Marvel Asia ini? adakah dia mampu memberi sesuatu yang menarik kepada peminat? kongsikan pendapat anda dibawah. 


Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dibintangi pelakon Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui). Michelle Yeoh dan peninju profesional, Florian Munteanu turut menyertai barisan pelakon.

Destin Daniel Cretton mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Dave Callaham. Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings akan mengisahkan tentang Shang-Chi yang akan menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings.

 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee