Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Siar Filem Tanpa Kebenaran Di Telegram, Seorang Lelaki Bakal Berdepan Denda RM50,000 Atau 5 Tahun Penjara


Aplikasi Telegram sering menjadi tempat untuk pengguna menonton filem secara haram. Malah ada juga yang menjadikan platform itu untuk menjual filem demi keuntungan sendiri.

Perbuatan ini sebenarnya menyalahi undang-undang dan pengguna yang tidak bernasib baik bakal menerima hukuman keras seperti yang bakal berlaku pada seorang lelaki ini, yang ditangkap kerana menyiarkan filem secara haram di Telegram.

Menurut Harian Metro, seorang lelaki telah ditahan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki menyiarkan karya filem tanpa kebenaran pemilik hak cipta melalui aplikasi Telegram. Tangkapan dibuat hasil risikan kira-kira dua minggu dan maklumat dari pemilik hak cipta.

Lelaki berusia 45 tahun itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987, dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

KPDNHEP turut merampas beberapa barangan milik suspek termasuk barangan peralatan komunikasi dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM5,000,” dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KPDNHEP.


Isu cetak rompak dan siaran secara haram di aplikasi Telegram telah lama dibangkitkan pengiat seni. Malah terdapat juga lanun yang berani menjual filem yang dicuri mereka di platform E-Dagang dan laman web. Diharapkan KPDNHEP mengiatkan lagi aktiviti penguatkuasaan agar dapat membendung kegiatan cetak rompak dari terus berleluasa. 


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee